Friday, October 9, 2015

Usahawan Muda Aiskrim Malaysia


Saya suka nak berkongsi aktiviti saya bersama anak-anak. Anda ingat lagi tak tentang aktiviti keusahawanan yang saya lakukan bersama anak-anak saya? Pasti ingat bukan. Aktiviti menjual aiskrim Malaysia. 

Pada hari pertama menjual, hanya satu orang saja yang membeli. Tetapi apabila tiba hari kedua, aiskrim Malaysia anak saya semakin mendapat sambutan. Irfan dan Danial bersemangat menjual aiskrim. 

Apa yang menarik, saya beritahu Irfan dan Danial, kalau Irfan dengan Danial ambil aiskrim, kena bayar juga. Terus mereka tarik muka cakap "alaaa mama". Saya beritahu mereka bila berniaga perlu disiplin. Jadi anak-anak pun terpaksalah setuju. Saya tahu mereka tak setuju tetapi mereka ikut saja cakap saya. Jadi, setiap kali mereka ambil aiskrim, mereka akan bayar.

Aktiviti ini menarik dan menghiburkan bagi saya. Dalam hiburan saya mengajar mereka bagaimana menjadi seorang usahawan. Sedikit demi sedikit saya mengajar Danial untuk membuat ayat-ayat promosi di Facebooknya. Ooo...anak saya ada Facebook. Tak bagus kan? Tak juga kerana semuanya saya yang pantau.


Danial semakin menerima apa yang saya ajar. Saya juga mengajar Danial mengenai 'positioning' diri dia. Saya minta Danial tukar gambar profile dia kepada lebih berkeyakinan. Lebih kelihatan seperti orang yang serius dalam apa yang dilakukan. Danial angguk saja bila saya cakap.

Semalam dia tanya saya "mama, macam mana nak tukar gambar facebook ni?" Mungkin dia telah faham sedikit apa yang saya cuba sampaikan. Syukur. 

Semalam juga kami membuat kira-kira. Dapat keuntungan RM20.10 sepatutnya tetapi Danial kira hanya ada RM16.60. Saya cakap kena ganti. Jangan rompak duit syarikat. Hihi...manalah anak-anak nak faham tapi saya tetap suruh mereka ganti. Dalam erti kata lain, saya nak mendisiplinkan mereka dalam kewangan.

Apa saya buat dengan duit itu? Semua simpan. Khas dalam satu tabung. Menarik bukan menabung dengan cara begini? Jom buat aktiviti macam ini dengan anak-anak. Irfan dan Danial kini menjadi usahawan muda aiskrim Malaysia. Bestkan?


Buku kira-kira mudah buat anak saya

No comments:

Post a Comment