Wednesday, August 2, 2017

Cara Kira-Kira Mudah Bayaran Bulanan Rumah



Hari ini saya nak berkongsi cara kira-kira mudah bayaran bulanan pinjaman perumahan. Caranya sangat mudah.

Formulanya adalah;

Harga Rumah / 200

CONTOH:-

Harga rumah RM200,000

= RM200,000 / 200
= RM1,000

Maka, bayaran bulanan bagi rumah berharga RM200,000 adalah RM1,000

Diharapkan tip ini dapat membantu anda membuat kira-kira mudah daripada pendapatan bulanan anda. Dengan tip ini, anda telah mendapat anggaran kasar berapa yang anda akan keluarkan setiap bulan.

Sekian dari saya.

Zeela Lamin
Perunding Hartanah 23304
Propland Consultancy

Peranan Ibubapa Dalam Ilmu Hartanah Kepada Anak-Anak



Bercakap tentang hartanah, boleh dilihat masih ramai lagi anak muda kita tidak mampu membeli rumah. Persoalannya mengapa tidak mampu?

Jika ditanya mereka, rata-rata menjawab wang adalah masalah utama mereka selain kos sara hidup dan hutang terutamanya PTPTN.

Hutang memang satu wabak atau mudah dikatakan penyakit buat ramai orang. Jikalau dibiarkan akan melarat sehingga mampu merosakkan hidup seseorang. Dek kerana hutang, kita mungkin terjerumus dengan pinjaman Along dan lebih parah lagi seusia muda telah bergelar BANKRAP. Sedih dengan statistik dikatakan semakin ramai yang BANKRAP diusia muda. Kebanyakan penyebabnya adalah kerana kredit kad.

Oleh kerana itu, pendapat saya bahawa ibubapa memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Apabila bercakap tentang hartanah, ianya berkait rapat dengan pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan yang betul mampu membuatkan seseorang itu mampu menjalani kehidupan dengan tenang dan gembira.

Ibubapa yang bijak akan menasihatkan anak-anak dan menunjukkan jalan apa yang harus mereka lakukan apabila anak-anak mendapat pekerjaan pertama.

Bagi ibubapa yang bijak, lakukan langkah ini apabila anak-anak anda mendapat pekerjaan. Beritahu anak-anak;

1. Buat simpanan tabung 10% untuk simpanan tetap.

2. Perlunya beli rumah sendiri bila sudah bekerja. Buat tabungan juga untuk duit muka membeli rumah. Jika dapat tutup mata dan tolak tepi RM100 setiap bulan. Duit tabungan ini bertujuan untuk duit muka membeli rumah.

3. Jangan membazir dengan kredit kad.

4. Jangan boros membeli belah. Beli apa yang perlu saja.

5. Selesaikan hutang-hutang yang ada. Contoh PTPTN.

6. Jangan buat hutang baru sekiranya tidak penting.

7. Lupakan melancong ke luar negara. Simpan semua hasrat itu sehingga dapat membeli rumah.

8. Lupakan makan di restoran mewah. Restoran biasa pun banyak yang sedap-sedap makanannya.

9. Lupakan membeli barangan berjenama. 

10. Jangan beli kereta. Sekiranya perlu, jangan beli kereta mewah atau mahal. Cukup sekadar mampu bergerak sana-sini. Lupakan Toyota, Honda dan lain-lain. Beli Axia atau kereta second hand saja.

Sebenarnya banyak lagi tip-tip pengurusan kewangan kita. Kita terlalu beralasan tidak mampu dek kerana gaya hidup kita. Kita nak kelihatan seperti orang kaya walhal mak ayah kita bukannya kaya. Kesedaran dan berpijak di bumi yang nyata lebih mendamaikan daripada kita cuba nak jadi seperti anak orang kaya sedangkan simpanan bank kita pun kosong.

Hanya kita yang mampu mengubah nasib hidup kita dan masa depan kita bermula daripada sekarang.

Sekian tip mudah dari saya.

Zeela Lamin
Perunding Hartanah 23304
Propland Consultancy

Thursday, July 27, 2017

Bermulanya Nota Seorang Perunding Hartanah


Hari ini bermulanya nota sebagai seorang Perunding Hartanah. Sekali lagi bersama ABDR dan Puan Masayu dalam mencari hala tuju penulisan di blog.

Fokus kepada tajuk Hartanah dan ingin menyampaikan ilmu dan nilai kepada mereka yang berhajat untuk mengetahui tentang hartanah.

Mengapa pula hartanah?

Kan kini saya adalah Perunding Hartanah. Maka sudah pasti saya nak bercerita tentang hartanah.

Sebenarnya agak sukar untuk menulis sejak akhir-akhir ini. Ini semua gara-gara disebabkan terbiasa dengan penulisan santai. Di ABDR, kami diwajibkan menulis dengan ejaan yang penuh dan penulisan haruslah seperti karangan mudah peperiksaan. Jadi kaku tangan saya tiba-tiba untuk menulis. Susahnya. Itu yang saya boleh gambarkan situasi saya ketika ini. Saya anggap ini cabaran besar buat saya. But I take the challange.

Doakan saya supaya mampu terus menulis dan sampaikan seberapa banyak ilmu yang saya dapat. Amin.

Ikhlas dari saya,

Zeela Lamin
Perunding Hartanah
REN 23304
Propland Consultancy

CONDO INI TERLETAK DI TENGAH-TENGAH KUALA LUMPUR DAN PETALING JAYA



WANT TO SELL

Casa Desa Condominium, Taman Desa, Off Jalan Klang Lama

=======================
Asking Price : RM950K (nego)
=======================

* Corner unit & large built-up area
* Located between Kuala Lumpur & Petaling Jaya
* Swimming pool view
* Below bank's market value
* Full facilities condo
* Developer by Faber Union (Faber Group)
* Within matured area
* Walking distance to commercial area

~ Freehold
~ Gated & Guarded
~ 1,647 square feet
~ 3 + 1 Bedrooms
~ 3 Bathrooms
~ 2 Car Park Bays, near to lift
~ Maintenance fee RM380 per month

Facilities :

Swimming pool, children pool, BBQ pit, sauna,
gymnasium, multipurpose hall, 24-hour security, surau,
nursery, restaurant, recreational room & convenience store

Amenities & Landmarks :

~ Near to Faber Tower and Danau Desa Commercial Centre
~ Faber Ria, Faber Heights, Danau Impian & Tiara Faber
~ Desa Waterpark & Taman Desa Recreational Park
~ 10 minutes to Mid Valley Megamall
~ Taman Desa Medical Centre
~ Police & Fire Station
~ Primary & secondary schools
~ Shops & wet market

Accessibility :

Federal Highway, KESAS Highway, KL-Seremban Expressway,
New Pantai Expressway (NPE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
Jalan Klang Lama & Jalan Puchong

=======================
Asking Price : RM950K (nego)
=======================

Bayaran:

✔ 3% Earnest Deposit.
✔ 7% Upon Sign S&P.
✔ Bank loan & Lawyer Services boleh diaturkan.

Kalau anda berminat nak tengok rumah boleh Call/SMS atau Whatsapp saya.
Nak senang klik link ni untuk whatsapp

www.wasap.my/60172672013

Zeela Lamin
Real Estate Negotiator 23304
017-267 2013
www.zeelalamin.com

PROPLAND CONSULTANCY VE(3)0326
Registered Property Consultants,
Valuation Surveyors, Real Estate Agents, Property Managers, Plant & Machinery Valuers
No. 58A, 1st Floor, Jalan Badminton 13/29
Tadisma Business Park,
Section 13
40000 Shah Alam Selangor
Tel: 603-5524 3645
Fax: 603-5524 3745
Email: propland.sales@gmail.com
#zeelalaminproperty
#mommyperundinghartanah
#propland
#subsale
#tamandesa
#casadesacondominium
#condocornerlot



Wednesday, July 26, 2017

RUMAH CORNER LOT SESUAI UNTUK KELUARGA RAMAI


Anda inginkan rumah yang luas dan mempunyai laman yang besar? Anda juga mempunyai ahli keluarga yang ramai? Anda inginkan suasana yang damai dan tenang?

Anda wajib untuk memiliki rumah ini.

Berminat sila hubungi Zeela Lamin, REN23304

PROPERTY DETAILS :

BANDAR TASIK KESUMA, SEMENYIH
TYPE: Terrace 2-Storey Corner Lot
LAND AREA: 4100 sf
BEDROOM: 4
BATHROOM: 3
TENURE: Freehold Non Bumi Lot
RENOVATION:
- Fully renovated, Kitchen Exstended Maximum (MP Kajang approved)
- 1 unit guest house+ toilet + aircond stand alone+water heater
FREE: 3 AIRCOND

************************************
HARGA JUALAN: RM680K (Nego)
************************************

Bayaran:
✔ 3% Earnest Deposit.
✔ 7% Upon Sign S&P.
✔ Bank loan & Lawyer Services boleh diaturkan.

Kalau anda berminat nak tengok rumah boleh Call/SMS atau Whatsapp saya.
Nak senang klik link ni untuk whatsapp👇👇


Zeela Lamin
Real Estate Negotiator 23304
017-267 2013

PROPLAND CONSULTANCY VE(3)0326
Registered Property Consultants,
Valuation Surveyors, Real Estate Agents, Property Managers, Plant & Machinery Valuers
No. 58A, 1st Floor, Jalan Badminton 13/29
Tadisma Business Park,
Section 13
40000 Shah Alam Selangor
Tel: 603-5524 3645
Fax: 603-5524 3745
Email: propland.sales@gmail.com