Showing posts with label Catatan Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Catatan Motivasi. Show all posts

Thursday, March 16, 2017

Yang Kalah Tak Semestinya Kalah Dan Yang Menang Tak Semestinya Menang

Assalamualaikum semua. Lamanya saya rasa dah tak menulis. Tangan gian nak menulis, hati meronta-ronta nak share apa saja tapi apakan daya sejak mengandung yang alahnya sangat teruk, perubahan hormon yang teruk dan kini sangat sibuk uruskan si kecik tuu 

Alhamdulillah walaupun sibuk tapi saya rasa happy sangat sekarang. Feels like my life is complete...haha omputih gituhh!! Yelah, dah dapat gugurl kann. Lagipun dah lama dah tak ada baby kecil. Itu yang terasa happy semacam.

Baru-baru ini saya mendapat panggilan telefon memberitahu yang mereka kalah kes di mahkamah. Sedih nada suaranya saya dengar. Sayu. Tiba-tiba hati jadi sayu. Sedih pun ada.

Manakan tidak hati sedih sebab saya juga adalah orang yang membina, orang yang berusaha dan bertungkus lumus memastikan perkara itu berjaya tetapi akhirnya yang saya dengar adalah kalah. Siapa yang boleh terima kekalahankan.

Saya sedih walaupun di dalam hati ada sedikit kemarahan, perasaan sedih lebih banyak yang saya rasakan kini.

Buat kawan-kawan seperjuangan saya, tabahkan hati. Jangan merasa sedih. Jangan rasa malu. Sekurang-kurangnya kita mempunyai usaha murni nak bantu ramai orang.

Niat kita suci. Niat kita murni. Jangan rasa rendah diri. Sebarkan kekalahan kita kerana yang kalah tidak semestinya kalah dan yang menang tidak semestinya menang.

Kawan, sejak awal lagi mereka tahu bahawa mereka akan kalah, oleh kerana itu mereka cabar kita di mahkamah dan cabar hak perlembagaan agar mereka dilihat benar dan menang. Kita yang mempunyai batas kewangan tiba-tiba terasa menjadi seorang badut apabila tidak mampu menyediakan peguam yang mampu mempertahankan perjuangan kita. Redha.

Jika dilihat dari sudut pandangan dalam, pasti ada hikmah kekalahan itu. Kita tak tahu kenapa Allah izinkan kemenangan berpihak kepada mereka walaupun kita tahu bahawa kita tidak melanggar sebarang akta dan kesalahan.

Jangan merasa pelik kerana akhir zaman tersimpul bermacam ketidakadilan. Redha lagi.

Apa harus kita buat kini? Banyak cara. Yang penting fikir. Tahajjud mampu beri kemenangan. Istikharah mampu tunjukkan jalan. Buat. Insya allah ada jalan.

Selain itu, jangan lupa untuk jumpa semua ahli. Ucapkan selamat tinggal. Katakan bahawa kita telah berusaha sebaik mungkin untuk semua tapi tak berjaya. Minta maaf juga kepada semua andai selama ini ada kesombongan, penganiayaan dan ketidakadilan. Katakan bahawa semua itu berlaku atas sebab halangan kerana kes mahkamah.

Saya pula apa yang saya buat di sini? Ye, saya tahu ramai tertanya-tanya. Ramai pula yang beranggapan saya berpaling tadah.

Jujur saya katakan walapun saya di sini tetapi hati saya sering bersemarak ingin bersama-sama mereka yang berjuang. Ramai yang tidak ketahui apa yang saya telah lalui dek kerana perjuangan ini. Jujur saya akui saya rindukan perjuangan itu.

Hanya kata-kata ini dapat saya tunjukkan perjuangan saya dari jauh. Sedih.

Buat ahli-ahli, jangan juga anda bersedih. Jangan juga anda goyang. Sebab apa? Sebab kita ada Allah. Sebab kita ada Tuhan. Yang Islam ada Allah dan yang bukan Islam ada Tuhan. Mengapa perlu takut? Yang memberi rezeki bukannya mereka tapi Allah. Yang memberi rezeki bukannya mereka tapi Tuhan.

Apa yang perlu anda lakukan kini, kerja baik-baik, jangan jadi pekerja yang tidak jujur, kuatkan diri dengan ilmu ditempat kerja dan dalami hak-hak pekerja anda. Insya Allah semuanya selamat.

Yang penting jangan sombong. Walau tinggi mana pun kita, itu semua tak mampu membuat diri kita menjadi lebih tinggi tetapi kita menjadi manusia yang lebih hina dari syaitan kerana sikap sombong kita.
Akhir kata, saya sayang anda semua. Salam rindu saya dari jauh.

p/s: Deep. Feel terlebih sikit arini 

Zeela Lamin.

Friday, December 11, 2015

Bersabarlah Rakyat Malaysia


Assalamualaikum kawan-kawan. 2016 dah hampir tiba bukan. 2016 pelbagai anggapan dan andaian yang keluar. Anda takut tak dengar cabaran 2016? Pasti ada ketakutan. Pasti ada kerisauan. Sedangkan 2015 kita telah melalui kesukaran dan keperitan kerana tekanan ekonomi semakin menghimpit kita. Apakan lagi tahun 2016.


2015 juga kita menyaksikan syarikat-syarikat gergasi bungkus, apatah lagi syarikat-syarikat kecil. Skim VSS juga semakin galak diperkenalkan oleh syarikat-syarikat bagi mengurangkan kos-kos sedia ada.


GST, harga minyak, harga gula, tol dan semua harga barang naik berganda. Gaji yang naik juga tidak mampu menampung keperluan kita. Kenaikan harga barang ini tidak menganggu golongan atasan tetapi ianya seperti memerah golongan pertengahan dan bawahan. Keperitan dapat dilihat luahan mereka di media sosial.


Terseksa bukan? Sangat sakit bukan? Apa yang mampu anda buat? Meluahkan perasaan di media sosial? Ada perubahan tak kita buat luahan sebegitu? Tiadakan? Malah, ia lebih menyemarakkan kemarahan diri sendiri apabila rakan-rakan lain turut memberi komen.
Semua orang tersiksa dengan sikap orang atasan tetapi bersabarlah. Bersabarlah dengan perasaan yang sangat sabar. Cuba anda lihat dengan mati hati anda mengapa Allah izinkan ujian ekonomi sebegini menimpa kita. Anda duduk diam-diam, tutup mata dan lihat sedalam-dalamnya jawapan itu.


Kawan-kawan, ujian ini adalah yang tersangat kecil menimpa kita. Bayangkan saudara kita di bumi Syam, Pakistan dan bumi-bumi Islam yang lain. Ujian mereka sangat hebat. Rumah dibakar, makan disekat, keluarga dibunuh dan macam-macam lagi seksaan yang diterima oleh mereka.


Anggaplah ujian ekonomi di Malaysia ini sebagai tahun praktikal buat kita sehingga turunnya Al-Dajjal. Anggaplah ianya satu perjalanan yang perlu kita lalui untuk merasa biasa saat ujian hebat itu tiba iaitu Al-Dajjal. Ia lebih hebat ujiannya dari kesempitan ekonomi kini.


Hentikan keluhan kawan-kawan. Buat persediaan menghadapi Al-Dajjal. Biarkan pihak pembuat kuasa dan pembuat undang-undang membuat apa yang mereka inginkan kerana sesungguhnya balasan buat mereka pasti tiba. Allah berlaku adil dengan kita sebenarnya. Hanya mereka yang beriman dan bersabar dapat memasuki Syurga. Insya Allah.


Itu saja kawan-kawan. Selamat malam.

Saturday, December 5, 2015

Kalau Kita Rasa Kita Boleh Lakukan, Maka Kita Boleh Lakukan


Assalamualaikum kawan-kawan. Sedang buat apa? Dah makan? Saya baru lepas makan dengan keluarga. Hari ini kami jalan-jalan di Bangi dan kebetulan dekat dengan IOI Mall, maka kami singgahlah sebentar.


Wahhh, itulah 'first impression' saya. Kagum dengan pembangunan. Menarik juga IOI Mall ini. Saya terasa macam masuk indoor game di Genting Highlands.


Berjalan, makan dan window shopping. Jalan-jalan dan terlihat ada Ice Skating. Irfan dan Danial sukalah sebab masa 'boys outing', Irfan dan Danial main Ice Skating di Sunway Piramid.


Kami lihat sebentar mereka bermain Ice Skating di IOI Mall. Ada yang dah professional, ada yang baru belajar. Apa yang saya lihat, mereka yang baru belajar pasti akan jatuh. Tak mungkin takkan jatuh. Jatuh itu pasti dalam Ice Skating pada permulaan.


Dalam kisah Ice Skating adalah pelajaran KALAU KITA RASA KITA BOLEH LAKUKAN, MAKA KITA BOLEH LAKUKAN. Pasti ada perasaan takut. Pasti risau akan apa saja perkara yang bakal berlaku yang kita tidak tahu. Perasaan berdebar-debar pasti ada.
Macam Ice Skating, kalau kita takut jatuh, kita takkan pandai main Ice Skating kan? Maka, sama saja dengan bisnes atau apa saja perkara baru yang ingin kita lakukan dalam hidup kita. Pasti ada perasaan takut. 


Pengajarannya adalah JANGAN TAKUT. Buat saja. Buat, buat dan buat. Dalam tempoh kita buat akan ada terhantuk dan buat silap.


Itu saja kawan-kawan. Semoga ianya membantu kawan-kawan. Bak kata pepatah "Kalau Tak di Pecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya"


Salam ceria

Thursday, October 15, 2015

Kisah Semut Yang Rajin dan Belalang



Assalamalaikum.

Hari ini sebenarnya saya sibuk dengan tugasan rumah. Tetapi, saya nak luangkan sedikit masa untuk anda semua tentang satu cerita yang mungkin boleh buatkan kita berfikir tentang perkara-perkara yang kita telah, sedang dan akan buat dalam hidup.

Ini juga satu nasihat buat diri saya. Mungkin anda juga boleh baca dan ambil pengajarannya kerana adakalanya perkara yang kita buat dalam hidup adalah perkara yang akan mencuri masa kita, penat lelah kita, dan segala bahagian penting dalam hidup kita.

Ini adalah satu kisah yang berlaku di antara semut dan juga belalang. Moga dengan cerita ini, sama-sama kita tahu apa yang perlu dilakukan dalam menjalani kehidupan kita sebagai seorang manusia yang punyai akal, punyai kemampuan dan punyai kelebihan.

Pada suatu hari, bertemulah semut dan belalang di satu padang rumput yang menghijau. Sebelum tu, si belalang ni kerjanya lompat sana, lompat sini manakala si semut pula sedang sibuk mengangkut makanan masuk ke sarangnya.

Si belalang yang seperti pelik melihat ketekunan si semut pun bertanyalah;


"Eh semut !!, aku tengok dari semalam, dari dua hari lepas, dari minggu lepas asyik dok angkut makanan dalam sarang kau. Marilah bermain dengan aku, kita nikmati hidup di atas padang rumput hijau ni"

Maka jawab si semut;

"Mana boleh belalang, aku kena kumpul semua makanan aku ni, aku tak boleh berhenti"

"Tak payahlah semut. Kenapa sibuk-sibuk nak simpan? Bila lapar nanti, kau pergi carilah .... bukan susah pun, banyak makanan ada la" kata si belalang.

"Eh aku mesti standby, nanti kalau tiba musim hkemarau, aku tak pening nak cari makanan. Tak adalah kalut nanti. Kau pun, kenalah bersedia, takut apa-apa berlaku nanti, susah kau nak cari makanan, apalagi musim kemarau nanti ... susah nak cari makanan" balas si semut.

"Ahhh ... buat apa aku buat kerja ni. Dari aku nak penat-penatkan diri simpan makanan ni, lebih baik aku main main dulu. Kalau kau nak simpan kau simpanlah ye semut, aku nak main lompat-lompat ni. Bai" lalu lompatlah si sang belalang.

Si semut meneruskan kerjanya, dan belalang dah pun berlalu pergi dan bermain lompat sana sini.

Memang perlakuan semut ini perlu dicontohi, kerana bersedia untuk segala kemungkinan, seperti kata pepatah lama, Sediakan Payung Sebelum Hujan. Dan yang bagusnya, ia tak pernah merungut dengan kerjanya, dia lakukan dengan tekun dan rajin.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Musim kemarau tiba. Si semut bersenang hati kerana telah menyimpan makanan. Dan kebetulan, si belalang ternampak si semut tu lagi di padang yang sama.

"Eh semut? AKu lapar, aku ingat makanan kau tentu dah banyak dah kau simpan. Berilah aku sedikit" kata si belalang.

Dijawab si semut yang sedang angkat sebijik kacang;

"Memang aku dah simpan.... hmmm .... tapi semuanya untuk aku dan anak-anak. Tulah kan dah beritahu dulu suruh kumpul makanan" jawab semut.

Belalang berlari-lari sambil menangis kerana menyesal. 

Sekian.