Thursday, September 24, 2015

Aidiladha Dan Bateri Kereta



Pagi raya saya bersemangat sangat. Seawal pagi saya bangun bersiap. Anak-anak dan suami juga.


Suami keluar rumah untuk hidupkan enjin kereta. Tiba-tiba suami saya memanggil saya dari luar.


"Mama, kereta tak boleh start, bateri kong"

"Hahh, alamak macam mana ni nak pergi masjid, nak pergi rumah mak?" saya tanya semula.

"Kena tunggu kedai buka la" balas suamiku.

"Ermm ok. Takpe la. Kita jalan kaki je la pergi masjid" balasku.

"Tak payah. Kita naik motor" suamiku jawab.

"Muat ke?" balasku.

"Muat. Jom"kata suamiku.

Maka, kami berempat naik motor ke masjid pagi tadi. Boleh ke? Suami saya cakap boleh je. 
Seronok juga naik motor ramai-ramai macam ni ye. Tapi dekat-dekat boleh la. Jangan jauh-jauh. Bahaya.


Selesai Solat Sunat Aidiladha, kami pulang ke rumah. Sampai rumah kami semua lapar. Saya pula tak masak apa-apa pagi ini kerana kami rancang selesai solat ingin terus pergi ke rumah mak mertua saya. Kami kelaparan. Maka, di pagi raya ini, kami makan maggi goreng. Sedap pula makan maggi bila lapar kan.


Suami pula keluar rumah cari kedai yang buka untuk beli bateri kereta. Hanya ada satu kedai saja yang buka. Suami pulang dan beritahu harga bateri kereta RM200. Mahalnya, saya cakap tapi suami kata ok harga tu.


Sebenarnya sebelum ini suami dah beritahu saya yang bateri kereta dah lemah. Masa suami beritahu, saya teringat pada kawan kerja saya yang suaminya jual bateri kereta. Saya awal-awal dah tanya kawan saya bateri kereta yang suaminya jual. Murahnya harga. Dari kilang lagi. Saya dah nak beli takut apa-apa jadi nanti. Betul ke murah? Betul. RM140 harganya. Kalau saya beli, saya dah jimat RM60. Tapi suami kata nanti dulu. Nanti cari di kedai je.


Tak mengapalah rugi RM60. Dah rezeki orang kedai tu. Cuma apa yang saya nak kongsikan suami kawan saya memang jual bateri kereta dengan harga yang murah. Dia boleh hantar bateri kereta di kawasan Bangi dan Kajang. Boleh pasangkan bateri juga katanya. Post pun boleh katanya. Siapa yang berminat boleh hubungi Ahmad Saupi 012-3830595.


Oh ya, seronoknya kami naik motor ye.


Selamat Hari Raya Aidiladha semua


No comments:

Post a Comment