Tuesday, October 20, 2015

Bagaimana Pekerja Nak Jawab 'Show Cause Letter'



Assalamualaikum semua.

Selamat malam semua. Rasanya dah pagi. Jam menunjukkan 1.05 pagi. Saya tidur lewat hari ini kerana membantu rakan kerja lama saya. Rakannya ada masalah ditempat kerja. Terima surat dari majikan. Masya Allah, kasihan mendengar ceritanya petang tadi. Saya cuba bantu. Saya percaya jika saya bantu, Allah pun akan bantu saya.

Saya tidak memahami keseluruhan kes tersebut dan saya minta beliau watsappkan surat tersebut. Saya diluar petang tadi. Sampai saja dirumah, saya selesaikan anak-anak dan solat Maghrib. Setelah hantar Irfan ke pusat tuisyen, saya kembali ke rumah.

Sampai saja di rumah, saya buka watsapp untuk melihat surat yang dihantar beliau. Saya baca kemudian saya diam. Fikir. Apa yang terlintas di fikiran ketika itu hanyalah laporan polis. Saya diam saja sambil berfikir. Azan Isyak kedengaran. Saya ambil wuduk dan solat Isyak dan Witir.

Dalam solat saya menangis. Tak tahu mengapa. Saya sebak. Selesai solat saya mohon bantuan Allah supaya bantu saya agar saya mampu bantu beliau. Saya tak pasti yang saya mampu untuk tolong atau tidak. Ia melibatkan masa depan. Melibatkan periuk nasi seseorang.

Saya bukan orang yang pandai. Hanya satu ketika dahulu mampu jaga dan bantu seramai 4500 orang saja. Hanya seketika mampu menolong mereka yang mempunyai masalah.
Selesai solat, saya bantu beliau mengarang surat. Saya minta juga supaya laporan polis dibuat. Saya bantu sehabis baik. Alhamdulillah. Semuanya siap. Saya doa supaya Allah mudahkan urusan beliau esok hari.

Di sini, saya ingin memberi beberapa tip kepada pekerja yang ada menerima surat dari majikan yang ingin membuat tindakan tata tertib kepada pekerja.

Tip saya ini berdasarkan pengalaman saya 4 tahun dalam menguruskan perkara berkaitan. Apa yang anda perlu lakukan;

1. Kebiasaan surat diminta dijawab dalam tempoh 3 hari. Buat surat mohon lanjutan kerana anda tidak mampu berfikir dan menulis dengan bijak dalam masa 3 hari.

2. Bertenang. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

3. Rujuk CA atau Labour Act dan sebarang Act yang berkaitan. Sekurang-kurangnya anda tahu hak anda sebagai pekerja.

4. Rujuk kepada wakil pekerja. Ini makluman penting. Anda perlu betul-betul cari wakil pekerja yang mampu bantu anda untuk menjawab surat kerana kini terlalu ramai wakil pekerja tidak tahu apa-apa. Pastikan betul-betul. Jika tidak anda akan buang masa. Anda akan hadapi masalah yang bakal menjerat diri sendiri.

5. Jawab dengan tenang. Baca bismillah. Jawab dengan jujur. Biar jawab dari hati. Biar sampai majikan yang baca mengalir airmata ( Ok, ini drama je Apa yang saya nak cakap, biar dia baca sampai menusuk dalam hati dia ). Berkata jujur itu sebaiknya.

6. Andai anda melakukan kesalahan. Mohon maaf. Beritahu anda tidak akan mengulangi lagi.

7. Sertakan sebarang dokumen andai ada.

8. Hantar surat jawapan dan tawakal kepada Allah.

Apabila nak hantar surat, jadi seorang yang berkaliber. Jangan jadi gangster nak robohkan bilik bos. Tiada siapa yang hebat di sini. Sekiranya anda hormat orang, maka orang akan hormat kita. Bawa budaya yang tinggi. Ini semua tuntutan Islam. Jangan fikir ada wakil pekerja dah jadi besar kepala. Sekiranya majikan salah, jangan juga maki dan marah beliau. Bincang dan beritahu. Dia akan lebih hormat kepada kita. Insya allah. Sedikit perkongsian ilmu yang sedikit dari saya untuk mereka yang bergelar pekerja.

Selamat malam.

No comments:

Post a Comment