Tuesday, October 20, 2015

Drive Toward Your Dream



Minggu ini saya sibuk di luar. Dari hari Isnin hingga Rabu. Kemungkinan Khamis juga saya perlu keluar. Selesaikan segala masalah yang menyekat perjalanan bisnes.

Siapa kata saya tidak menghadapi masalah dalam perniagaan. Saya juga menghadapinya. Tidak terkecuali sedikit pun. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi Malaysia yang sangat lemah kini. Sekiranya saya berputus asa, saya hanya ada dua pilihan iaitu berniaga atau bekerja? Tetapi mengapa perlu berputus asa. Kejayaan itu semakin hampir di hadapan kita.

Saya percaya rezeki Allah itu luas. Allah dah janjikan bahawa 9/10 rezeki itu daripada perniagaan. Saya hanya perlu selesaikan masalah saja. Saya percaya sekiranya saya memilih pekerjaan, ianya juga punya masalah tersendiri. Tepuk dada, tanya diri mengapa kita dihidupkan didunia ini. Tanya diri apa tujuan kita diturunkan di dunia ini. 

Hari ini saya paksa diri saya untuk berniaga dengan betul. Orang selalu kata lebih professional dalam perniagaan. Dengan ini, ia akan lebih memaksa saya untuk lebih berjasa kepada rakyat, agama dan bangsa. Hahaha...apa yang saya bebelkan ye.

Sebenarnya saya buka akaun untuk syarikat. Jadi bila buka akaun sudah pasti ada pembayaran cukai dari pendapatan kita. Maka, ianya membantu pembangunan negara, agama dan bangsa.

Doakan perjalanan saya. Doakan perniagaan saya. Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat.



No comments:

Post a Comment