Tuesday, October 13, 2015

Kepala Yatt Hamzah Melekat


Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah semua. Pasti semua sedang bercuti dan berehat bersama keluarga. Hari ini tiba-tiba saya teringatkan Yatt Hamzah sewaktu kami sama-sama diSEXY. Saya kagumi istiqomah dan hidayah yang Allah beri kepada beliau berterusan. Sungguh kata saya. Bertemu secara 'face to face' buatkan saya lihat penghijrahan beliau. Saya lihat tasbih digitalnya tidak pernah berenggang darinya. Masya Allah, beliau hargai hidayah yang Allah berikan kepadanya. 

Pasti ramai terfikir bahawa hidayah itu perlu ditunggu. Perlu dinanti. Tetapi sebenarnya kita sendiri yang perlu mencari hidayah. Kita sendiri yang perlu minta pada Allah hidayah itu. Insya Allah, Allah akan berikan. Kita tidak akan menyangka orang yang dulu kita anggap tidak baik dan teruk tiba-tiba boleh bertukar menjadi baik. Ini semua hidayah. Tetapi juga ianya bergantung kepada individu tersebut. Setiap hidayah perlu ada istiqomah. Perlu dalami ilmu-ilmu agama.


Alhamdulillah kerana semakin ramai yang berhijrah. Hijrah kepada kebaikan. Dunia juga telah hampir ke penghujung. Jika bukan bermula sekarang, bila lagi?



Baca petikan lalu kisah bagaimana Yatt Hamzah berhijrah. Moga ianya memberi kesan kepada hati kita untuk berhijrah.

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.


Akhir kata selamat MAAL HIJRAH dan selamat berhijrah.

No comments:

Post a Comment