Thursday, October 15, 2015

Kisah Semut Yang Rajin dan Belalang



Assalamalaikum.

Hari ini sebenarnya saya sibuk dengan tugasan rumah. Tetapi, saya nak luangkan sedikit masa untuk anda semua tentang satu cerita yang mungkin boleh buatkan kita berfikir tentang perkara-perkara yang kita telah, sedang dan akan buat dalam hidup.

Ini juga satu nasihat buat diri saya. Mungkin anda juga boleh baca dan ambil pengajarannya kerana adakalanya perkara yang kita buat dalam hidup adalah perkara yang akan mencuri masa kita, penat lelah kita, dan segala bahagian penting dalam hidup kita.

Ini adalah satu kisah yang berlaku di antara semut dan juga belalang. Moga dengan cerita ini, sama-sama kita tahu apa yang perlu dilakukan dalam menjalani kehidupan kita sebagai seorang manusia yang punyai akal, punyai kemampuan dan punyai kelebihan.

Pada suatu hari, bertemulah semut dan belalang di satu padang rumput yang menghijau. Sebelum tu, si belalang ni kerjanya lompat sana, lompat sini manakala si semut pula sedang sibuk mengangkut makanan masuk ke sarangnya.

Si belalang yang seperti pelik melihat ketekunan si semut pun bertanyalah;


"Eh semut !!, aku tengok dari semalam, dari dua hari lepas, dari minggu lepas asyik dok angkut makanan dalam sarang kau. Marilah bermain dengan aku, kita nikmati hidup di atas padang rumput hijau ni"

Maka jawab si semut;

"Mana boleh belalang, aku kena kumpul semua makanan aku ni, aku tak boleh berhenti"

"Tak payahlah semut. Kenapa sibuk-sibuk nak simpan? Bila lapar nanti, kau pergi carilah .... bukan susah pun, banyak makanan ada la" kata si belalang.

"Eh aku mesti standby, nanti kalau tiba musim hkemarau, aku tak pening nak cari makanan. Tak adalah kalut nanti. Kau pun, kenalah bersedia, takut apa-apa berlaku nanti, susah kau nak cari makanan, apalagi musim kemarau nanti ... susah nak cari makanan" balas si semut.

"Ahhh ... buat apa aku buat kerja ni. Dari aku nak penat-penatkan diri simpan makanan ni, lebih baik aku main main dulu. Kalau kau nak simpan kau simpanlah ye semut, aku nak main lompat-lompat ni. Bai" lalu lompatlah si sang belalang.

Si semut meneruskan kerjanya, dan belalang dah pun berlalu pergi dan bermain lompat sana sini.

Memang perlakuan semut ini perlu dicontohi, kerana bersedia untuk segala kemungkinan, seperti kata pepatah lama, Sediakan Payung Sebelum Hujan. Dan yang bagusnya, ia tak pernah merungut dengan kerjanya, dia lakukan dengan tekun dan rajin.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Musim kemarau tiba. Si semut bersenang hati kerana telah menyimpan makanan. Dan kebetulan, si belalang ternampak si semut tu lagi di padang yang sama.

"Eh semut? AKu lapar, aku ingat makanan kau tentu dah banyak dah kau simpan. Berilah aku sedikit" kata si belalang.

Dijawab si semut yang sedang angkat sebijik kacang;

"Memang aku dah simpan.... hmmm .... tapi semuanya untuk aku dan anak-anak. Tulah kan dah beritahu dulu suruh kumpul makanan" jawab semut.

Belalang berlari-lari sambil menangis kerana menyesal. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment