Tuesday, November 10, 2015

Naik Gaji Rasa Tak Cukup, Untung Banyak Pun Rasa Tak Cukup. Ini Sebabnya


Assalamualaikum semua. Diharapkan semua sihat saja. Diharapkan semua baik-baik saja. Insya Allah. Hari ini saya terasa nak tulis tentang perkara SYUKUR. Dah lama rasanya nak tulis mengenai perkara ini. Sejak dari zaman saya bekerja sehingga kini saya bergelar usahawan. Pada mulanya saya nak diamkan saja. Tak apalah, sebab saya fikir semuanya dah dewasa dan faham maksud SYUKUR. Tapi saya rasa mungkin ada yang lupa.

SYUKUR ini sebenarnya mudah ungkapan dia. Semudah sebutan dan ejaannya. Ramai boleh menyebut aku bersyukur dengan apa yang ada. Semudah itu saja kita sebut syukur. Tetapi selalunya perkataan kita dimulut tidak selari dengan hati kita bukan? Saat bila ianya tidak selari? Saat kita mendapat rezeki dan kita anggap rezeki kita sangat kecil. Kita akan mula merungut. Kita akan mula mengata itu ini. Betul tak? Cuba kita duduk sejenak dan fikir. Pasti ada bukan. Ialah, kita ini hanya manusia biasa. Takkan pernah rasa puas dengan apa yang ada.

Saya nak bagi contoh semasa saya bekerja di bank dahulu. Setiap 3 tahun pasti akan ada pembaharuan baru dalam CA ( Collective Agreement ) yang telah diusahakan oleh kesatuan sekerja. Iaitu pembaharuan kenaikan gaji pekerja. Saya bercakap mengenai perkara ini bukan kerana tidak menyokong kesatuan sekerja. Kesatuan sangat penting bagi sebuah organisasi yang besar kerana terlalu banyak lapisan pangkat dan birokrasi. Penganiayaan pasti berlaku samada dari kelas pertengahan dan atasan. Perjuangan mereka adalah satu jihad. Suatu yang perlu bagi membantu ramai orang. Tetapi kini apa yang saya lihat kebanyakan kesatuan berlebihan dengan apa yang mereka minta. Bukan salah mereka juga, kerana ini semua desakan ahli yang inginkan semuanya lebih.

Apa yang ingin saya nyatakan adalah diri kita sendiri. Pandang diri kita sewaktu kita mula-mula memohon kerja. Siapakah kita? Apakah kerja kita? Apakah yang telah kita lakukan? Kemudian cuba kita letakkan diri kita sebagai majikan. Bayangkan diri kita sebagai seorang majikan. Anda nampak tak?

Dari mula kita bekerja dengan tangga gaji RM900 hingga tangga gaji kita RM4,500 dengan jawatan yang sama dan tanggungjawab yang sama. Anda rasa macam mana?

Apabila diberitahu kenaikan gaji sebanyak 7% atau 30% sekalipun. Apa yang akan kita kata? Pasti tak cukupkan. Barang naik, semua naik. Mulut saja cakap syukur. Sebenarnya hati masih lagi rasa tak cukup. Betul tak? Maaf andai saya berkata begini. Tetapi inilah hakikatnya. Kita selalu rasa kita berhak untuk dapat gaji lebih. Kita berhak untuk banyak perkara. 

Cuba kita lihat kembali diri kita. Pandang dengan mata hati sedalamnya. Tanya diri kita. Jujurkah kita dengan kerja kita. Selalu tak kita curi masa makan tengahari kita? Selalu tak kita curi masa nak sembang-sembang dengan kawan-kawan kita di pejabat sehingga lupa buat kerja kita? Pernah tak kita curi masa kita untuk makan pagi? Pasti ada bukan. Secara jujur, saya dulu juga begini. Mengapa? Kerana ianya bagaikan 'culture' atau suasana pejabat. Semasa mula bekerja, saya sangat rajin bekerja. Takut nak curi masa. Orang ajak keluar minum pun saya tak berani. Jadi saya kerap diperli dan dipermainkan. Akhirnya, saya one of them. Berdosa saya bukan. Walaupun begitu saya selalu gantikan masa saya dengan kerja lebih masa tanpa overtime. Itu saja saya buat supaya rezeki saya kembali halal. Saya tak berani nak bermain dengan soal rezeki.

Ok, kita kembali semula merenung diri kita. Kita semua nak gaji besar. Bekerja di sebuah organisasi yang besar, kita mempunyai peluang untuk mendaki tangga kenaikan pangkat. Ianya sebuah bonus sebenarnya. Tetapi ramai yang mengelak. Ramai yang bilang tidak mahu kerana tanggungjawab semakin besar. Jadi, bagaimana? Perlu salahkan siapa? Diri sendiri bukan.

Itu soal kerja yang saya ingin sebutkan tentang SYUKUR kerana ramai yang tidak bersyukur mahupun rezeki yang mereka dapat itu sedikit atau banyak. Mengapa? Mudah jawapannya tetapi sukar untuk kita terima. Kita semakin tamak sebenarnya. Kalau dahulu pakai kereta Proton Saga, 5 tahun kerja kenalah upgrate Toyota dan Honda. Kalau dahulu rumah kecil, nak kena ubahsuai rumah jadi bangalow. Semuanya ingin tukar apabila tempoh kerja semakin lama. Kita rasa kita mampu sedangkan tidak. Pendapatan pula hanya bergantung kepada gaji sahaja. Mana mungkin dapat tampung semua kehendak kita. 

Dalam perniagaan pula, apa yang dilihat semua nak berniaga dengan harga yang mahal. Tak ambil pusing bagaimana cara Rasulullah saw berniaga. Tidak hiraukan langsung orang sekeliling kita apabila berniaga. Tidak ambil kira bagaimana kiraan harga jualan dalam Islam sebenarnya. Apabila berniaga, kita asingkan agama dan perniagaan. Ini yang dikatakan umat akhir zaman hanya meletakkan Islam dalam sebahagian perkara kehidupan mereka. Mereka tolak semua. Apa yang difikirkan bahawa keuntungan dan kekayaan. Mereka bagaikan lupa bahawa kayanya Rasulullah saw dan para sahabat baginda dengan hasil perniagaan dan perdagangan. Kaya yang luar biasa. Kaya tanpa menolak Islam dalam perniagaan beliau. Betul kan?

Tidak salah berniaga. Berniaga ini dituntut dalam Islam. 9/10 rezeki itu adalah dari perniagaan. Memang benar harga bahan mentah semakin mahal. Lebih-lebih lagi dengan tukaran mata wang kita yang semakin mahal. Tetapi mengapa ianya masih tetap terjadi? Maksud saya, harga barang naik dan semuanya naik? 

Sebenarnya semua dari diri kita. Kita sendiri yang inginkan semua ini berlaku. Kita yang minta. Bagaimana? Ianya bermula dengan sikap tamak kita. Bermula dari bawah. Pekerja rasa mereka patut ada gaji besar. Peniaga pula merasa mereka perlu untung yang besar. Kerana itu kita dilahirkan pemimpin yang zalim. Inilah punca mengapa kita dikurniakan pemimpin yang zalim. Ianya jelas ditulis di dalam Quran kisah-kisah akhir zaman. Tetapi ianya mampu dilihat oleh mereka yang merenung dengan mata hati dan beriman kepadanya.

Oleh itu, belum terlambat untuk kita bersyukur. Bukan hanya di mulut tetapi benar-benar datang dari hati kesyukuran itu. 

Petikan dari www.ustadzaris.com,


Fakhruddin Ar Razi mengatakan,
“Jika rakyat ingin terbebas dari penguasa yang zalim maka hendaklah mereka meninggalkan kezaliman yang mereka lakukan” (Tafsir At Tahrir wat Tanwir karya Ibnu Asyur 8/74 cetakan Dar Tunisiah 1984).
Dalam Tafsirnya yang sebagiannya telah dikutip oleh Ibnu Asyur di atas, Ar Razi mengatakan, “Ayat di atas adalah dalil yang menunjukkan jika rakyat suatu negara itu zalim (baca: gemar maksiat, korupsi dll) maka Allah akan mengangkat untuk mereka penguasa yang zalim semisal mereka. Jika mereka ingin terbebas dari kezaliman penguasa yang zalim maka hendaknya mereka juga meninggalkan kemaksiatan yang mereka lakukan.
“Ayat di atas juga menunjukkan bahwa di tengah-tengah suatu komunitas manusia harus ada yang menjadi penguasa. Jika Allah tidak membiarkan orang-orang yang zalim tanpa pemimpin meski juga sesama orang yang zalim maka tentu Allah tidak akan membiarkan orang-orang shalih tanpa pemimpin yang mendorong rakyatnya agar semakin shaleh.
Ali bin Abi Thalib berkata,
لا يصلح للناس إلا أمير عادل أو جائر ، فأنكروا قوله : أو جائر فقال : نعم
يؤمن السبيل ، ويمكن من إقامة الصلوات ، وحج البيت .
“Tidaklah baik bagi suatu masyarakat jika tanpa pemimpin, baik dia adalah orang yang shalih ataupun orang yang zalim”.
Ada yang menyanggah beliau terkait dengan kalimat ‘ataupun orang yang zalim’. Ali menjelaskan,
“Memang dengan sebab penguasa yang zalim jalan-jalan terasa aman, rakyat bisa dengan tenang mengerjakan shalat dan berhaji ke Ka’bah”
(Tafsir Al Kabir wa Mafatih Al Ghaib karya Muhammad ar Razi 13/204 cetakan Dar al Fikr 1981/1401).
Sudahkah kita semua bertaubat dan meninggalkan berbagai bentuk maksiat dan kezhaliman hingga Allah datangkan pemimpin yang adil?

No comments:

Post a Comment