Thursday, January 21, 2016

Kelas Jahit Jubah Di Buka


Assalamualaikum semua.

Masya Allah rindunya saya pada semua. Walaupun tak adalah lama sangat saya tinggalkan ruangan ini tapi berminggu-minggu jugalah. Timbul pula rasa rindu di hati...hihi.
Hari ini setelah sekian lama, saya nak buka semula kelas jahitan saya. Sejak bulan November lepas telefon saya diserbu peminat...hahaha...peminat ke??...ala gurau pun tak boleh.

Ehh best ke belajar jahit ni?...best la kak. Kalau beli satu jubah kat kedai dah harga RM250, kalau nak yang elok dan berkualiti. Biasanya mana ada beli 1, mesti beli 2 atau 3. Sebulan mesti habis pada baju saja RM500.

Cuba bayangkan berapa kita jimat.

1 baju   = RM250
12 baju = RM3000
(itupun kalau beli sehelai sebulan)

Belajar jahit sekali saja tetapi mampu jimat RM3000 setahun dan bila telah pandai, boleh pula jadikan sebagai pendapatan sampingan. Boleh buat duit pula. Banyak kelebihan bila kita ada kemahiran. Lagipun, tak perempuan la kalau tak pandai jahit.

Sebenarnya ramai yang tanya saya kelas bila nak buat. Ada pula yang nak secara online sebab jauh dan kekangan masa. Maka pada tahun ini, saya baik hati nak buka kelas secara online. Best tak.

Kelas hanya dibuka hanya buat mereka ZERO KNOWLEDGE ye. Kelas akan bermula pada bulan Februari 2016.

Itu saja. Semoga kita berjumpa lagi.