Tuesday, September 22, 2015

Belajar Pemasaran Online di Matrade



Semalam hari yang sangat panjang bagi saya. Seharian berada di Matrade. Saya bangun seawal 5.00 pagi untuk memasak. Irfan dan Danial di rumah, maka saya perlu siapkan makan supaya anak-anak tidak lapar. Nasib baik anak-anak dah besar. 

Selesai masak, solat sunat dan solat Subuh, saya terus bersiap. Memang berkejaran saya bersiap sebab saya tak nak sampai lambat dan kesesakan jalan yang hebat di KL. Ohh tidak, dah lamanya tak keluar rumah waktu pagi.


Mengapa saya beriya-iya ye pergi ke Matrade? Ada apa di sana? Sebenarnya banyak perkongsian di sana. Yang penting kita perlu kenal dunia kita dan kenal kawan-kawan yang buat perkara yang sama dengan kita. PENTING. Orang biasa sebut networking.

Bagi NEWBIE yang baru, pendapat saya usaha yang dilakukan oleh Kementerian adalah satu usaha yang baik. Adakalanya, bila bermula perniagaan online kita tak tahu dengan siapa kita nak berguru. Di sini, mereka tampilkan semua Sifu-sifu.

Perkongsian ilmu sangat hebat. Semua sifu-sifu menceritakan ilmu berdasarkan pengalaman. Bukannya ilmu buku yang dipelajari dan disampaikan.

Pada hari itu, saya sangat bertuah kerana kiri kanan saya adalah adik-adik yang sporting sangat. Kami sebenarnya perlu pilih kelas pada waktu petang. Antara kelas-kelas itu ialah Facebook, Instagram, EBook, Pemasaran Email dan banyak lagi. Perlu pilih kelas, tidak boleh sertai semua kelas. Jadi, saya bincang dengan adik-adik yang ada untuk bahagikan kelas masing-masing, ambil nota dan kami akan kongsi semua maklumat. Kebanyakan ilmu telah saya pelajari di kelas Irfan Khari, tetapi ada sedikit penambahan dalam online marketing.

Disebabkan itu, saya ada semua nota-nota belajar semalam. Hebatkan bila kita bersatu. Hihi...saya suka. Siapa nak kalau saya buat sharing?


Bersama Sifu Gero Azrul


Barisan Speaker-Speaker


Bersama rakan-rakan baru



No comments:

Post a Comment