Saturday, September 26, 2015

Mesin Jahit Nadi Tukang Jahit



Hari ini saya nak berkongsi dengan semua tentang mesin jahit. Mesin jahit ini sangat penting untuk mereka yang menjahit dan belajar menjahit.


Memilih mesin jahit itu juga sangat penting. Pemilihan mesin jahit ini umpama wifi atau broadband. Jika wifi lambat dan perlahan, maka perlahanlah kita buat kerja.


Samalah seperti menjahit. Apabila lambat, ia mengakibat motivasi dan momentum kita untuk menjahit akan berkubur selama-lamanya.


Di sini saya tambah lagi sebab-sebab perlu pilih mesin jahit. Pemilihan mesin jahit akan membuatkan kita jadi pandai jahit dan sentiasa menjahit. Tak percaya? Kalau tak percaya, cuba tip-tip saya ini.


Pemilihan mesin jahit;

1. Pilih mesin jahit jenis 4 benang.
2. Boleh pilih mesin jahit industri atau mesin jahit portable.

Mengapa pilih mesin jahit ini;

1. Mudah
2. Cepat


Yang penting, anda mampu menjahit satu baju dalam tempoh 1/2 jam jika anda menggunakan mesin ini.


Berapa harganya? Anggaran RM2,500. Saya beli mesin jahit industri. Harga pun tak sampai RM2,000.


Pada saya harganya berpatutan. Anda bayangkan jika setiap bulan anda membeli sehelai jubah berharga RM250 setiap bulan. Harga ini pun bergantung dengan kualiti kain dan kualiti jahitan. Jika anda adalah seorang yang sangat teliti dan terperinci dalam pemakaian anda, harga jubah memang dalam anggaran RM250.


Mari kita buat kira-kira.

RM250 x 10 bulan = RM2,500


Banyakkan kita melabur tiap-tiap bulan.


Bayangkan jika anda membeli mesin jahit ini dan menjahit jubah idaman anda setiap bulan.


Mari kita buat kira-kira.

RM250 x 10 bulan = unlimited kerana anda boleh menjahit selama-lamanya dan mungkin anda juga mampu menjana pendapatan daripada pelaburan anda ini. Menarik bukan?


Anda tidak pandai menjahit. Jangan susah hati. Nanti daftar di Aramaya​ untuk kelas akan datang tidak lama lagi.


Mudah je kan. Tak perempuan la kalau tak pandai jahit ;)


Sekian.

Sumber gambar: google

No comments:

Post a Comment