Saturday, September 26, 2015

Kegagalan Yuran Perniagaan



Terpandang poster ini, saya tertarik akan kata-kata KEGAGALAN YURAN KEJAYAAN. Ianya bagaikan suatu suntingan semangat kepada saya walaupun setiap hari saya memotivasikan diri sendiri. Tapi siapa yang sukakan kegagalan bukan? Kegagalan bagaikan suatu perkara buruk yang menimpa hidup. Seakan gelap masa depan yang kita lihat. Pada satu tahap kita merasakan bahawa kita tak akan mungkin berjaya.



Mungkin ada yang memahami dan ada yang tidak memahami tetapi kata-kata ini hanya boleh dirasai meraka yang pernah gagal. Bagi yang tidak pernah mengalami kegagalan dalam hidup pasti akan berkata "ohh, leganya hati nasib aku tak macam dia" atau kita akan berkata "tulah, padan muka. cakap tak nak dengar". Tetapi bagi yang melalui kegagalan perlu tebalkan telinga anda daripada kata-kata mereka. Kerana kegagalan sebenarnya adalah salah satu tangga kejayaan. Abaikan mereka. Allah sampaikan kejayaan kepada kita dalam bentuk kegagalan. Maka, jangan putus asa.


Definasi kegagalan ini tidak sama bagi setiap orang. Ada orang gagal dalam pelajarannya, ada orang gagal dalam pekerjaannya, ada orang gagal perniagaannya dan ada orang gagal dalam usaha komunitinya.


Dalam perniagaan, mungkin juga kita ada merasai kegagalan. Kita lihat ramai saja orang berjaya tetapi mengapa tidak kita? Mungkin kita ada terlepas pandang sesuatu perkara yang perlu kita beri perhatian khusus. Jadi, jangan putus asa. Lihat semula perniagaan kita dan ubah. Lihat dan ubah. Dalam tempoh itu, perlu kita dalami ilmu perniagaan. Penting. Tanpa ilmu mengakibatkan kebocoran wang yang banyak. Kerugian yang banyak. Andai kita telah dalami pelbagai ilmu tetapi masih juga tidak berjaya. Lihat semula apa yang kita buat. Adakalanya lambakan ilmu itu membuatkan kita keliru dalam melaksanakan 'marketing' perniagaan kita.


Semua orang yang berjaya semuanya melalui kegagalan. Micheal Jordan, Walt Disney, Steve Job, The Beatles, Oprah Winfrey dan Albert Einstein juga melalui kegagalan. Nabi Muhammad saw juga melalui kegagalan dalam menyampaikan dakwahnya. Sifu saya Irfan Khairi pun melalui fasa kegagalan sebelum menjadi jutawan. Jika anda perasan satu perkataan saja yang membuatkan mereka tiba-tiba berjaya adalah JANGAN PUTUS ASA, NEVER GIVE UP. Betul tak? Jadi mengapa perlu saya putus asa.


Kata-kata ini saya tujukan khas untuk diri sendiri. Saya perlukan kata-kata ini untuk saya terus bangkit, bangun dan berlari. Andai kata-kata ini memotivasikan anda. Sila senyum sorang-sorang ye.



No comments:

Post a Comment