Sunday, September 27, 2015

Survey Bagi Koleksi Baru Aramaya



Salam Ahad semua. Harap semua sihat dan tenang-tenang saja hari ini walaupun jerebu agak hebat juga di luar ye. Sekali pandang macam kabus. Ala-ala Genting Highland pula saya lihat. Syukur kerana Allah turun ujian kecil saja buat kita semua. Moga kita sama-sama mohon doa agar Allah turunkan hujan.



Okey, hari ini bukan nak cerita tentang jerebu. Hari ini saya nak cerita tentang baju. Tentang Aramaya​. Khas untuk wanita saja yang boleh baca. Yang lelaki pula jangan baca. Sediakan wang saja supaya cik puan-cik puan anda bergaya dan kembali keremajaan semula. Apa salahnya. Betul tak?



Saya sedang bekerja keras untuk 2 projek yang dijalankan serentak di Aramaya pada bulan Oktober. Insya Allah.

1. Kelas Jahit 
2. Koleksi Baju Baru



Bagi Koleksi Baju Baru, saya ingin buat 'survey' di sini. Setiap koleksi akan dikeluarkan bersama dengan SHAWL. Tetapi saya ingin tahu, anda ingin SHAWL yang bagaimana?

1. Shawl biasa
2. Instant shawl 1 muka
3. Instant shawl 2 muka
4. Wide shawl



Sila beri pendapat anda kerana saya utamakan keinginan anda semua. Jawapan anda perlulah memilih nombor-nombor senarai SHAWL.

Setiap jawapan akan saya ambil yang terbanyak pemilihannya. Lagi ramai yang pilih, saya akan beri FREE GIFT. Siapa nak?

No comments:

Post a Comment