Sunday, September 27, 2015

Aktiviti Keusahawanan Bersama Anak-Anak


Salam semua. Hari ini saya berkongsi satu aktiviti keusahawanan dengan anak-anak saya. Ianya bukan bertujuan melatih mereka untuk mencari duit lebih tetapi melatih mereka asas-asas perniagaan. Bermula dari aktiviti kecil seperti menjual aiskrim Malaysia. Ianya kedengaran biasa bukan?


Ianya memang aktiviti biasa saja tetapi saya suka nak buat dan ajar mereka aktiviti keusahawanan ini. Seronok bukan? Macam masa kecil-kecil dahulu main pondok-pondok. Saya suka sangat.


Tujuan yang mendalam saya latih mereka aktiviti keusahawanan ini adalah untuk menyampaikan kepada anak-anak bahawa bukan mudah untuk mencari rezeki. Walaupun bukan mudah tetapi ianya bukan susah juga. Yang penting adalah usaha.


Aktiviti ini bermula dengan;

1. Produk 'validation'

    Majoriti kanak-kanak di kawasan perumahan suka beli aiskrim Malaysia.

2. Pencarian stok

3. 'Validate' lagi
    Tanya kawan-kawan flavour apa yang menjadi kegilaan ramai.

4. 'Survey' Harga Berpatutan

5. Penyediaan Ledger
    Stok dan duit keluar dan masuk.

6. Penambahan 'funnel' jualan


Seronok bukan bila kita ada aktiviti keusahawanan macam ini dengan anak-anak. Hubungan juga bertambah mesra kerana topik berbual dengan anak-anak juga telah bertambah, bukan hanya tanya anak;

"sekolah macam mana hari ini?"
"belajar apa hari ini?"

Lepas ini dah boleh tambah topik;

"ramai ke yang beli hari ini?"
"aiskrim mana yang paling laku?"


Ini hanya pendapat saja. Pendapat aktiviti keusahawanan dengan anak-anak. Saya cina-cina tetap juga berfikiran seperti Cina. Lentur buluh biar dari rebungnya kan? Siapa suka, jom buat sama-sama.



No comments:

Post a Comment