Thursday, October 1, 2015

Akhlak Yang Baik



Dah beberapa bulan tidak jejakkan kaki ke masjid untuk kuliah. Kesibukan kerja dan menguruskan anak-anak membuatkan diri tidak berkesempatan untuk menuntut ilmu akhirat. Hati rasa rindu. Rindu sangat. Terasa diri jahil. Penuh kekurangan apabila lupakan ilmu wajib yang perlu dituntut. 


Bukan kerana tinggalkan segala suruhanNya buatkan diri terasa kekurangan tapi hanya tidak jejakkan kaki untuk belajar ilmu akhirat buatkan diri terasa jahil.


Saya belum sempurna lagi tetapi masih ingin terus mengejar kesempurnaan. Masih banyak yang perlu kita belajar, masih banyak lagi yang perlu kita tahu. Bagaimana saya dahagakan ilmu dunia, saya juga ingin dahaga mencari ilmu akhirat. Insya Allah, saya dalam usaha istiqomah dalam perkara ini. Doakan saya kerana saya rindukan syurga.


Hari ini saya nak berkongsi sedikit ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Nafisah. Ianya mengenai akhlak. Dari mula kuliah sehingga penghujung kuliah. Sentiasa dibibir perkataan Akhlak. Betapa di dalam Islam, Allah menekan tentang Akhlak berkali-kali. 


Beliau menegaskan bahawa beliau sangat sedih dengan orang Islam kini di mana ramai yang tidak mempunyai akhlak yang baik. Yang membimbangkan beliau adalah anak-anak zaman kini ramai yang bijak dan pandai tetapi kebanyakannya tidak mempunyai akhlak seperti yang diajar di dalam Islam.


Berikut adalah beberapa penyampaiannya;


- Akhlak itu merangkumi semua. Bila manusia itu kenal Allah, maka Akhlak akan jadi baik. Amat penting didik anak semasa kecil itu kenal Allah dahulu bukan pandai baca.

- Rasulullah saw berkata, sifat yang tidak terdapat pada orang-orang munafik adalah akhlak yang baik.

- Ilmu banyak macam manapun tapi tiada akhlak yang baik, Allah tidak pandang.

- Kita perlu cuci diri dengan zikir setiap hari. Ajar anak-anak amal zikir sejak kecil. Bacakan zikir kepada anak-anak sejak bayi bagi membentuk akhlak yang baik.

- Hantar anak ke sekolah yang baik untuk didik akhlak yang baik. Rata-rata ibubapa nak anak pandai membaca tetapi tidak menekankan unsur-unsur akhlak.

- Ramai ibu-ibu yang bekerja dan terlalu sibuk dengan kerjaya. Akibatnya kita lupa didik akhlak dan agama kepada anak-anak kita. Sekiranya itu berlaku, cuba lihat kembali dan imbangkan anak-anak dan kerjaya. Lihat sedalamnya tanggungjawab kita dan jawapan apa yang akan kita berikan kepada Allah di padang masyar nanti andai anak-anak tiada didikan akhlak dan agama.

- Kita mungkin terjatuh dalam golongan orang-orang munafik. Audit diri agar kita dijauhkan dari ciri-ciri munafik.

- Ciri-ciri orang-orang munafik adalah mereka meniru sunah-sunah yang zahir seperti memakai serban, berjanggut, bertudung labuh, berjubah, berjanggut dan membaca al-quran.

- Orang-orang munafik tidak mampu meniru sunah-sunah sejati iaitu berakhlak mulia dan memahami kefahaman agama yang sejati.

- Sifat-sifat orang munafik adalah berpura-pura cintakan rasul, malas menunaikan solat, tidak berzikir melainkan sedikit sahaja, menegah orang lain dari berzikir dan mendengar kuliah agama.

- Orang mukmin yang ada akhlak yang baik akan melahirkan adab yang baik.


Semoga perkongsian ini bermanafaat buat semua.

#aramaya
#jahitbyaramaya
#catatanharian
#jomauditdiri
#jomsama2masuksyurga

No comments:

Post a Comment