Sunday, September 13, 2015

Tip Simpan Alat Jahitan


Hari ini saya rasa nak kongsi tip untuk tukang jahit seperti saya. Bukan tip-tip jahitan, tetapi tip simpan alat-alat jahitan.


Sebenarnya saya ini sukakan pada sesuatu yang comel, cantik dan cute sangat untuk dilihat setiap hari. Apa saja barang mesti saya inginkan ia cantik dan lain dari yang lain hatta tempat letak benang pun saya sangat menitikberatkan soal kecantikan.


Ohh....saya memang obses tentang kecantikan😍😍 Bagi saya bukan hanya penampilan saja perlu cantik tetapi tempat kerja dan barangan kerja juga perlu cantik. Ianya memberi saya satu motivasi bagi diri saya untuk buat kerja. Ini pendapat saya. Lain orang lain pendapat.


Ok, saya nak share bekas letak benang ni. Sebelum saya beli bekas letak benang ini, banyak tempat juga saya buat survey antaranya kedai-kedai jahitan dan yang paling best tempat survey adalah Mr Google. Ada lagi, ada lagi yang best nak survey, di Pinterest. Memang cantik-cantik.


Tetapi bekas benang yang saya beli ini, saya rasa ianya mudah, kemas dan praktikal buat saya. Dan yang paling menarik ianya sangat murah😲😲😲 Hanya RM5 sahaja satu bekas...murahkan. Dekat mana saya beli ni? Ohhh... di DAISO saja. Barangan Jepun. Macam-macam juga ada di sana. Semua barang RM5.00. Bolehlah siapa-siapa yang nak pergi cari.


Itu saja perkongsian saya. Bagi yang menjahit, selamat menjahit??

No comments:

Post a Comment