Friday, September 11, 2015

Kisah Danial dan UPSR

Pagi ini genap hari ke tiga saya di sekolah Danial memberi semangat pada Danial. Hari ini juga merupakan hari terakhir UPSR 2015 dan juga merupakan UPSR yang terakhir. Tiada lagi UPSR tahun hadapan juga berikutnya.


Saya tunggu anak saya di sekolah walaupun saya boleh memilih untuk pulang saja, tetapi saya nak Danial tahu, saya nak Danial ingat yang saya sayang sangat pada dia. Ye, saya mama yang over. Sentiasa prihatin setiap perkara. Tak mengapa kerana saya inginkan yang terbaik untuk anak-anak saya dunia dan akhirat. 


Ok, saya sambung kisah UPSR ini. Hari pertama UPSR, saya yang paling semangat walaupun letih tapi saya perlu tunjukkan semangat pada Danial supaya Danial pun turut bersemangat. Pada saya, pelajaran pertama anak-anak bermula dari rumah, bermula dari ibubapa. Ibubapa yang negatif akan lahirkan anak-anak negatif. Ibubapa yang positif akan lahirkan anak-anak positif. Saya sentiasa cakap dan cakap pada Danial dan Irfan juga, hidup perlu sentiasa ada matlamat, perlu sentiasa tahu apa yang kita nak dalam hidup. Saya suka berbual dengan Irfan dan Danial. Saya suka beri semangat kepada mereka.


Sepanjang UPSR Danial, saya tidak mahu terlepas setiap detik kenangan pada waktu itu. Saya tak tahu mengapa tetapi saya anggap ianya penting buat saya. Penting untuk untuk kenangan dewasa mereka kelak. Ianya bukan kerana 5A atau apa saja. Ianya sebuah kenangan abadi buat saya.


Hari pertama saya sangat keletihan. Saya hampir pitam. Tapi saya kuatkan diri dan semangat saya. Saya perlu kuat, kata hati saya. Jam 1.00 Danial selesai peperiksaan. Saya jemput Danial. Saya tak masak pun hari ini. Tak sempat. Tak larat pun ada. Saya sangat keletihan. Setelah beli makan tengahari di warung berdekatan, kami pulang ke rumah. Kami makan bersama. Irfan tiada di rumah. Dia ke rumah Afan, kawannya. Irfan cuti sempena UPSR ini.


Sambil makan dengan Danial, kami berbual panjang tentang peperiksaan.

Mama: Danial, macam mana tadi? Boleh jawab tak?

Danial: Boleh la mama. Matematik senang sangat. Bahasa Malaysia Kertas 2, boleh la. Bahasa Malaysia Kertas 1, soalan pun tak faham, jawapan pun tak faham.

Mama: Hermmm....ada baca doa x? fatihah?selawat?alamnasyrah?

Danial: Ada.

Mama: Ok, jangan fikir lagi. Dah usaha, dah jawab. Kita serah pada Allah. Okey. Fokus esok pula.

Saya jawab begitu dengan Danial. Saya tidak mahu Danial tertekan dengan perkara yang lepas. Erti kata lain, ini pelajaran hidup yang sedang saya sampaikan kepada Danial. Perkara yang lepas jangan di fikir, di kenang. Jadikan setiap perkara lepas sebagai kenangan, sebagai sebuah pengajaran. Andai berjaya perlu bersyukur, andai gagal perlu baiki dan berusaha lagi. Tiada penghujung selagi masih bernyawa. Danial sentiasa senyum. Sentiasa angguk apa yang saya katakan. Saya tidak tahu apa Danial memahami apa maksud yang cuba saya sampaikan tetapi moga Danial faham suatu hari nanti.


Hari kedua UPSR adalah hari yang singkat. Hanya satu kertas saja pada hari kedua. Murid-murid semua dibenarkan pulang.

Danial beritahu saya' " Mama jemput pukul 11.30 ye, cikgu Sofea nak buat kelas Sains"

"Ok" saya balas.

Saya kagum dengan cikgu-cikgu disekolah ini. Mereka sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh inginkan yang terbaik buat murid-murid mereka. Mengapa saya katakan begini, kerana bilangan pelajar di sekolah ini yang teramai. Lebih 500 orang pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.


Saya ingat lagi, satu waktu dulu saya daftar Danial di sekolah ini, saya diberitahu sekolah ini mempunyai 20 kelas bagi pelajar tahun satu. Ramainya, kata hati saya. Walau bagaimanapun, sekolah ini berjaya mengawal bilangan pelajar yang terlalu ramai pada pandangan saya. Mengapa saya katakan begitu? Ini kerana sekolah ini setiap tahun berturut-turut berada di tangga teratas daerah. Bukan hanya itu, ramai yang mengkagumi sikap dan hormat pelajar di sini.


Hari Ketiga UPSR, papa Danial ambil cuti untuk beri semangat pada Danial. Kami teman Danial di sekolah. Hari ketiga adalah hari yang panjang, sehingga jam 4.30 petang. Hari ketiga juga hari yang penuh debaran. Hari yang penuh perasaan gembira dan teruja. Saya tidak tahu mengapa. Ianya sebuah campuran perasaan. Selesai peperiksaan, saya lihat murid-murid beratur. Guru dan Guru Besar memberi ucapan yang penuh bersemangat. Saya dapat lihat perasaan lega disetiap wajah masing-masing. Akhirnya, semua berakhir. Peperangan UPSR telah berakhir. Danial turut gembira. Pulang rumah terus ke padang bola. Saya biarkan Danial main bola. Biarlah, kata hati saya.


UPSR telah berakhir. Masing-masing pasti punya cerita masing-masing. Murid-murid, ibu-ibu, guru-guru, pasti ada cerita masing-masing. Ini cerita saya sebagai seorang ibu. Pasti seorang ibu inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Begitu juga saya. Saya tahu Danial telah berusaha yang terbaik dan apa keputusan saya harus terima. Sekiranya gagal, usaha lagi sehingga berjaya. Jangan berhenti.
HARI PERTAMA

 
Danial beratur di luar dewan peperiksaan.


Bismillah. Danial dalam dewan peperiksaan. Jawab dengan tenang ye Danial.


HARI KEDUA



Danial saya ambil gambarnya dari jauh. Ya, Allah, moga Kau bantu anakku.


Cikgu-cikgu pun gembira dan bersemangat di hari kedua. Hari ini cikgu-cikgu sedondon berkurung biru.

HARI KETIGA


Kelihatan sangat gembira anak-anak ini.


Papa Danial di sekolah sedang memberi semangat pada Danial

Hihi...mama berposing sebentar dengan kawan mama yang juga sedang menunggu anaknya.


No comments:

Post a Comment