Friday, September 11, 2015

Kisah Hari Jadi


Pagi tadi bangun dari tidur, saya rasa damai, indah dan tenang sekali. Cuaca redup dan angin sepoi-sepoi bahasa. Saya bersiap-siap untuk ke kedai jahit berdekatan rumah saya. Saya perlu selesaikan urusan saya sebelum pelanggan saya sampai untuk ambil baju yang di tempah. Pelanggan yang sangat setia dengan saya sejak mula saya menjahit.


Selesai urusan di luar, saya segera kembali ke rumah. Suami saya cuti. Danial Faizal pun turut cuti kerana direhatkan selepas selesai berperang tiga hari UPSR. Irfan juga saya cutikan....hihihi... suka-suka je mama cutikan Irfan.


Sebenarnya suami saya cuti sebab katanya nak bawa Danial buat IC. Maka, semua kena cuti termasuk Irfan. Dah besar ye anak mama😊 Tak sangka mama, anak mama dah besar. Dulu kecil dan comel saja.



Sampai saja di rumah, saya bersiap-siap untuk keluar. Suami dalam bilik air sedang mandi. Anak-anak pula sedang tunggu di ruang tamu sambil main ipad. Nak main Ipad pun Irfan dan Danial akan minta kebenaran saya. Saya suka bila mereka tanya sedangkan mereka boleh saja capai dan terus main tanpa kebenaran. Dengan suara mereka yang halus, lebih-lebih lagi suara Irfan, kecil saja suaranya.



"Mama, boleh tak Irfan nak main ipad?" comel je suara Irfan.


"Okey, boleh la main. Mama kasi cuti hari ni" saya jawab.



Jadi Irfan dan Danial pun berlari-lari ke ruang tamu sambil bawa ipad untuk main. Mereka dah bersiap, hanya tunggu papa dan mamanya saja bersiap.



Sedang saya bersiap dan pakai tudung, suami saya keluar dari bilik air. Depan pintu bilik air, dia pandang saya sambil senyum-senyum. Saya pun pandang suami saya dengan muka yang kehairanan. Kemudian saya pandang semula cermin dan betulkan tudung saya.



Perlahan-lahan suami saya datang dekat saya. Mukanya didekatkan ke muka saya sambil senyum. Saya cakap dalam hati, dah kenapa papa ni? panggilan mesra saya dan suami. Saya pun pandang muka suami saya sambil kerut-kerut muka tanya dia.


"Papa ni dah kenapa?" saya tanya suami saya.



Dia tak jawab tapi senyum dan kemudian dia muncungkan mulutnya lalu memberi ciuman di pipi saya. Dah sudah suamiku ini, dah kenapa?, detik hati saya. Yelah, memang pelik sebab dia bukan orang yang romantik. Tiba-tiba pulak datang sifat romantik ni, mimpi kot, kata hati saya lagi.



Saya pandang lagi muka suami saya sambil angkat kening.



Dia pandang saya terus cakap, " happy birthday mama"

"yeker, hari ni berapa hari bulan pa?" saya tanya suami saya sambil lihat kalendar.


"11hb la" suami saya jawab.



Ya Allahhhhhh....saya lupa sangat sangat hari ini hari jadi saya. Masya allah, masya allah. Dari bangun tidur sampai keluar rumah pergi kedai tadi memang langsung tak ingat. Memang tak ingat langsung. Tak tahu pasal apa. Faktor umur ke, faktor banyak kerja ke atau faktor banyak fikir.



Hihi....hati saya bunga-bunga pula bila suami wish macam tu...so suwitkan. Senyum sampai telinga saya hari ini.



Kami hari ini keluar rumah ke JPN nak buat IC Danial. Selesai urusan, boleh jalan-jalan sekejap.


Okey, jom sambung senyum sambil telinga😉





No comments:

Post a Comment