Friday, September 11, 2015

Saya, Aramaya dan Facebook



Rancak pulak hari ini sicantik manis minta saya pm pm ye
😊😊. Sabar ye. Hari ini saya macam superman pun ada. Supermak pun boleh juga. Ianya memenatkan tapi saya suka apa yang saya buat kini. Saya menikmati setiap saat saya bersama anak saya walaupun saya sedang bekerja.


Tak pernah pun saya impikan bahawa saya akan lalui satu perubahan dalam hidup saya iaitu menjadi seorang mama, surirumah dan bekerja dari rumah. Ia, ianya diluar jangkaan saya.



Sambil saya tunggu Danial di sekolah, sempat saya lihat kedai maya saya, layan watsapp dan pm. Ianya mudah bagi saya kini. Itupun semuanya bermula setelah belajar tentang facebook ads dengan seorang adik manis Mawar Abdullah


Mungkin ada yang hairan mengapa ianya kedengaran sukar. Barangkali ada yang tertanya-tanya, bukankah saya telah belajar tentang internet marketing, bukankah saya tahu apa itu internet marketing. Ya benar, saya banyak belajar dan mencari ilmu. Malah saya sangat berterima kasih kepada sifu saya Irfan Khairi. Banyak yang saya belajar dari beliau. Saya bersyukur.



Senang ke berniaga di facebook ni? Senang kalau ada ilmu. Betul. Sebelum ini saya berniaga di facebook, banyak duit saya habiskan untuk facebook ads tetapi tiada untung apabila kira roi. Tapi kini boleh dikira pandai juga saya kira roi.


Tapi, masih tak mudah. Buat, ubah, buat dan ubah. Apa yang kini mampu saya selamatkan selepas belajar adalah duit saya yang mengalir macam air ke akaun facebook.


Permulaan belajar, saya mendapat keuntungan 5 kali ganda. Pada masa itu, saya rasa gembira sangat. Gembira kerana saya berjaya. Pendek kata usaha sampai berjaya. Syukur alhamdulillah. Walaupun begitu, saya masih lagi belum berpuas hati. Saya masih belajar. Masih lagi belum mencapai matlamat saya.


Cabaran semakin hebat juga kini ekoran ekonomi yang semakin merundum. Saya perlu mencari solusi ini. Kepuasan kini tidak selamanya. Jangan pernah mengalah pada sebuah perjuangan. Jangan juga bergembira dengan sebuah kejayaan. Lakukan lagi tanpa henti.


Akhir kata, berniaga di mana saja pasti ada cabarannya, pasti ada peleburan wang yang berlaku tetapi ilmu itu membuatkan kita mengurangkan risiko wang yang terbakar. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment