Sunday, September 20, 2015

Youtube Cara Marketing Percuma




Saya teringat sewaktu belajar dengan Sifu saya dahulu, Irfan Khairi. Beliau banyak memberi cara-cara marketing percuma. Antara yang di ajar adalah blog sepertimana yang diajar di ADBR, facebook, twitter, google+,instagram dan banyak lagi. Saya pun dah tak boleh nak ingat.

Tetapi apa yang saya ingat ialah marketing di Youtube. Ianya percuma. Boleh juga dibayar pengiklanannya seperti Facebook. Youtube jarang digunakan oleh pesaing-pesaing kita. Pesan Irfan Khairi, kita perlu jauh dari pesaing kita dan jangan sesekali kita sama dengan pesaing, maka bolehlah kita berenang dengan tenang di lautan perniagaan.


Saya berkongsi tentang Youtube dan saya juga nak share peniaga-peniaga yang baru nak bermula dan mereka yang mempunyai budget yang kecil pun masih boleh menggunakan medium pemasaran youtube. Jangan susah hati akan kos-kos membuat video, anda sendiri boleh buat dia telefon masing-masing. Surirumah yang berniaga pun boleh buat juha sambil jaga anak dan memasak.


Mudah saja. Dalam 'play store', ada banyak aplikasi 'movie maker', anda perlu download saja. Mudahkan. Semudah 123.


Ini contoh video yang saya telah buat menggunakan aplikasi 'Mini Video' di 'play store'. Saya gabungkan gambar-gambar saya ketika saya sedang sibuk menjalankan 2 projek yang  saya akan jalankan dalam satu masa iaitu penyediaan koleksi baru untuk Aramaya dan Kelas Jahitan saya tidak lama lagi. Insya allah.


Ok, selamat mencuba membuat video anda sendiri. Cipta kelainan dalam pemasaran anda sendiri.


Jika anda suka boleh like&share atau copy&paste.

No comments:

Post a Comment