Sunday, September 20, 2015

Think Big, Start Small



Hari ini, saya dijemput oleh seorang kakak yang juga usahawan fesyen ke rumahnya. Beliau membuat jualan sempena kedatangan Aidiladha.


Mungkin kita tak pernah dengar lagi konsep 'home boutique' bukan? Pendapat saya, ianya  satu kelainan. Idea yang menarik buat suri rumah dan mereka yang baru berkecimpung dalam fesyen dengan kewangan yang kecil. Mula kecil tetapi dengan impian yang besar.


Siapakah pemilik 'home boutique' ini? Beliau ialah Elly Alang Mukhtar. Beliau usahawan sepenuh masa di rumah. Menarik tentang kakak ini ialah beliau adalah bekas engineer tapi disebabkan minat  dengan fesyen, beliau tinggalkan kerjanya. kebiasaannya beliau menjual secara online di facebook page Two Lips Style.


Katanya, beliau membuat 'home boutique' ini atas dasar permintaan pelanggan yang ingin datang sendiri melihat dan mencuba baju yang dibuatnya. Memang cantik-cantik baju yang dijual beliau. Saya pun suka tengok. Nak beli juga tetapi saiznya pula tiada.


Apa yang menarik tentang butik ini ialah USPnya adalah baju ibu dan anak. Jarang kita dengarkan. Jadi kakak ini bijak dalam memilih corak perniagaannya supaya tidak bersaing dengan butik-butik yang besar dan ternama. Tahniah kak atas usaha dan berjaya membuat 'home boutique' akak.


Sesiapa yang ingin berkenalan dengan kakak ini boleh hubungi facebook beliau. Kita panjangkan ukhwah kita.



Founder kepada Two Lips Style



Antara koleksi baju-baju siap.


Koleksi baju baru yang mendapat permintaan ramai.


Saya bergambar bersama Puan Elly.


Antara tetamu yang hadir di majlis jualan Aidiladha.


No comments:

Post a Comment