Monday, October 19, 2015

Cara Mudah Mulakan Bisnes Fesyen


Assalamualaikum semua. Selamat malam. Dah nak tidur ke? Jangan tidur dulu ye. Saya nak kongsikan tip mudah untuk mulakan bisnes fesyen.

Semua orang boleh berniaga. Semua orang ada potensi untuk mulakan bisnes fesyen. Apa yang penting, perkara pertama adalah minat. Minat adalah perkara sangat penting dalam perniagaan bagi memastikan anda terus melakukan.

Untuk menang dalam bisnes fesyen, anda perlu menjadi IKAN YANG PANTAS. Tiada lagi istilah IKAN BESAR AKAN MEMAKAN IKAN YANG KECIL. Zaman berubah. Teknologi semakin pantas. Hanya IKAN YANG PANTAS saja yang mampu menang.

Bukan sekadar menjadi IKAN YANG PANTAS. Anda perlu pastikan perkara-perkara ini sebelum memulakan langkah dalam bisnes fesyen.

1. USP/ Niche.

Apa yang membezakan anda dengan yang lain.

2. Buat 'research' yang berkaitan dengan bisnes anda.

Kenal diri anda dahulu.
Kenal Pelanggan anda dahulu.
Kenal produk anda.

3. Buat senarai supplier dan tukang jahit.

Ini juga penting dalam membuat penetapan harga produk anda.

4. Supplier kain dan aksesori jahitan.

Pastikan supplier anda itu adalah boleh dipercayai.

5. Terus mula dan terus berjaya.

Sekian sahaja tip mudah dari saya. Nanti saya akan kongsikan selanjutnya.

Selamat malam ;)




No comments:

Post a Comment