Monday, October 19, 2015

Kelas JAHIT BY ARAMAYA Berjalan Dengan Lancarnya


Alhamdulillah, syukur, syukur dan syukur kepada Allah. Syukur kepada setiap rezeki Allah. Dah beberapa hari tidak membuat penulisan di sini. Maafkan saya ye. Minggu lepas saya sibuk membuat persiapan kelas JAHIT BY ARAMAYA dan juga beberapa perkara teknikal yang saya hadapi.

Sabtu lepas adalah hari kelas JAHIT BY ARAMAYA yang saya sendiri menjadi gurunya. Alhamdulillah. Selesai sudah saya menambah nilai dalam hidup orang lain. Saya pun gembira kerana pelajar saya berpuas hati dengan teknik dan cara membuat Jubah A Cut yang mudah. Selesai kelas dapat pula siap jubah. Gembira sungguhlah pelajar saya.

Saya akan buka lagi pendaftaran kelas. Akan saya maklumkan. Kemungkinan besar saya akan mudahkan cara belajar ini tanpa perlu hadir kelas. Ini semua bakal dilakukan tidak lama lagi. Insya allah. Niat yang satu adalah menambah nilai dalam hidup orang. Doa kan saya.

Terima kasih kepada adik Sya Nana kerana sertai kelas JAHIT BY ARAMAYA. Saya doakan anda berjaya dunia akhirat. Amin.

Kain dan tool kits disediakan.

Saya bersama pelajar.

No comments:

Post a Comment