Friday, October 30, 2015

Di Sebalik Perasmian Biz Wanita CGC



 Assalamualaikum semua. Diharapkan semua sihat ye. Saya juga sihat. Anak-anak dan suami juga sihat. Hari ini, saya nak kongsi cerita semalam sebelum saya bergerak ke Putrajaya sebentar lagi. 

Sebenarnya saya nak kongsikan semalam tetapi saya sangat keletihan semalam. Balik dari Pelancaran Biz Wanita oleh CGC, saya terus ke Selayang untuk selesaikan urusan koleksi baju baru saya. Kemudian ke rumah mak mertua untuk ambil Irfan. Terima kasih mak sebab tolong tengokkan Irfan. Kemudian terus balik rumah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 

Semalam adalah undangan dari pihak CGC kepada EWA bagi pelancaran Biz Wanita. Menarik. Terdapat ramai usahawan-usahawan berjaya dan hebat saya jumpa di sana seperti Dato' Maznah dan Datin Clara. Tak kurang juga VVIP yang hadir. Aturcara majlis berjalan dengan lancarnya. Tahniah kepada team CGC yang mengaturcara majlis tersebut. 

Di dalam majlis upacara, YB Dato' Agil Natt, Chairman CGC memberitahu matlamat Biz Wanita ini diwujudkan adalah khusus bagi wanita kerana dilihat wanita kini lebih cenderung kepada keusahawanan dan wanita kini lebih berdaya saing dalam pembangunan ekonomi negara. Dengan kerjasama kerajaan, CGC membuat pelan dan strategi bagaimana membantu dan memperluaskan perniagaan wanita.

Perasmian majlis oleh YB Datuk Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Kewangan II dan YB Dato' Agil Natt, Chairman CGC.



Ianya dilihat sebagai satu langkah yang bijak dan bagus apabila kita ingin mengembangkan perniagaan kita. Tetapi berhati-hati dengan setiap keputusan yang anda buat. Fahami GOOD DEBT dan BAD DEBT. Tak semua LOAN itu tidak bagus dan tak semua LOAN itu bagus. Anda perlu tahu apa yang anda dan perniagaan anda inginkan. 

Pendapat saya, lakarkan dahulu BUSINESS PLAN anda. Buat BMC anda. Jika tidak tahu, rujuk PUAN AINON atau Tuan Yusry Yusopp, pakar BMC. Bagi memudahkan anda, gunakan aplikasi BMC yang ada di PLAY STORE atau APPLE STORE. Anda boleh gunakan APLIKASI seperti dibawah. Ianya sangat membantu.

Ini contoh aplikasi di dalam telefon anda.

Masuk ke laman web  https://www.cgc.com.my/direct-lending/




Berikut adalah syarat-syarat bagi memohon BIZ WANITA CGC;




  • Aged 21 – 60 (upon settlement of full instalment payment).
  • Business meets either one of the “women” definition stipulated in the FAQ section.
  • Must be SME per National SME Development Council’s (NSDC) definition.
  • Business registered in Malaysia and is Malaysian-controlled and Malaysian-owned (at least 51% shareholding).
  • Business is at least licensed by a local authority.
  • Business has been licensed and/or in operations for any number of years (not confined to any minimum nor maximum number of years).
  • Financing Amount
    • Min – RM20,000
    • Max – RM300,000
    * Depending on eligibility of each customer.

    Type of Facility
    • Term Financing only
    * For the purpose of working capital and/ or asset acquisition.
  • Financing Rate
    • Min – BFR + 0.20%
    • Max – BFR + 1.65%
    * Prevailing BFR is based on Maybank Islamic BFR and is subject to further changes.

    Tenure
    Maximum of seven (7) years.

    Application Procedures
    • Application form is available at all CGC’s branches or click here to download Application Form.
    • The complete application form together with all supporting documents can be submitted to any CGC branches.


  • Click link ini untuk form  https://www.cgc.com.my/wp-content/themes/crystalline/doc/bizmula-i-application-form.pdf




    Faezah, Kak Lina, Wani ( adik Yana Samsuddin ), saya


    Bersama Yana Samsuddin

    Bersama Datin Clara

    Bersama Dato Maznah. Super spirit women.

    Comel sungguh Datin Clara kan. Dia yang ajak kami bergambar. Cakk!!!

    Ok, posing sikit

    Siap ada buffet lunch lagi








    No comments:

    Post a Comment