Thursday, October 22, 2015

Hari Mengemas Sedunia




Hari ini hari bersihkan rumah. Saya dengan anak-anak bersihkan rumah. Biasanya hari Jumaat dan Sabtu kami buat aktiviti ini. Tapi untuk minggu ini, kami buat hari ini sebab esok kami nak pergi Mersing....yeaaa nak jalan-jalan😍😍😍😍 tapi papa tinggal sebab kami naik bas ala-ala rombongan Cik Kiah😜

Sebenarnya susah nak ajar anak tentang tanggungjawab, kepentingan kebersihan, dispilin dan macam-macam lagi. Memang susah. Lebih-lebih lagi anak lelaki. Kadang-kadang mereka boleh jawab balik "Danial ikut papa"...aduhh itu yang kes parah. Tapi tak mengapa. Kena sabar banyak-banyak ye.

Macam mana nak cipta aktiviti di rumah? Mudah saja. Biasanya saya selalu akan cipta aktiviti yang nampak 'fun' nampak seronok. Anak-anak tak perasan pun sebenarnya mereka sedang buat kerja.

Itu saja perkongsian saya. Saya nak sambung kerja. Baju berbakul yang nak digosok dan lipat. Tarik nafas dalam-dalam sebelum mula.

No comments:

Post a Comment