Thursday, October 22, 2015

Kisah Tuisyen Irfan


Malam tadi saya lambat hantar Irfan ke pusat tuisyen. Sepatutnya tuisyen pukul 8.00 malam dah mula tapi Irfan datang nak dekat 8.30 malam.

Maka, dalam kereta mulalah sessi syarahan.

Danial cakap "mama, dah lambat ni. Nanti Sir marah Irfan. Mama nak hantar Irfan juga ke?"

"Mama tetap akan hantar. Biar Sir marah. Mama marah tak nak dengarkan. Setiap masa jalan semua duit tau tak. Mana boleh suka-suka tak nak tuisyen"

"Nanti Sir marah macam mana?" Irfan pula jawab.

"Biar Sir marah ini semua salah Irfan. Tak hargai masa. Tak hargai apa yang ada. Irfan tau tak orang yang tak hargai masa ni orang yang rugi dunia akhirat? Tau tak? Sekarang ni mama kena cakap juga. Mama kena tegur juga Irfan. Orang lelaki kena belajar tanggungjawab, belajar disiplin, belajar kepimpinan. Tapi kalau masa pun Irfan tak boleh nak hargai, macam mana Irfan dah besar nanti nak pimpin orang, nak ajar orang, nak jadi pemimpin. Macam mana? Cuba bagitau mama"

Irfan dan Danial diam saja dalam kereta. Saya harap Irfan dan Danial faham apa yang saya cakap. Saya nak mereka faham kehidupan ini bukan sekadar ipad dan main basikal. Ok, saya keletihan. Saya kepenatan. Satu hari menggosok baju dan kemas rumah. Sampai rumah nak rehat. Penat juga membebel dalam kereta tadi tak berhenti-henti. Macam keretapi saya bercakap

No comments:

Post a Comment