Friday, October 23, 2015

ZUREEN GIFT vs SOHO


Mari berkenalan dengan kawan saya Zurina M Yassin atau nama panggilan Zureen. Beliau pakar dalam pembuatan cookies home made. Telah berkecimpung dalam bisnes ini selama 3 tahun. Merupakan seorang surirumah dan juga usahawan atau lebih mudah dipanggil SOHO, WAHM.

Beliau berumur 36 tahun. Telah berkahwin. Nama suaminya ialah Ezmel. Mempunyai 4 orang anak. 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Bakal melahirkan anak 5 tidak lama lagi.


Apa yang menarik tentang beliau adalah beliau seorang graduan UKM dalam jurusan Geosains. Tamat belajar pada tahun 2003. Pada tahun 2004 berkahwin dan mengikut suami ke Jepun atas urusan kerja. Walaupun beliau di dalam jurusan Sains tetapi disebabkan minat yang mendalam dalam bisnes sejak kecil membuatkan beliau berniaga juga di sana. Beliau menjual brooch secara sambilan di Jepun.

Pada tahun 2007, beliau pulang ke Malaysia dan mula mengikuti 1Nita iaitu satu platform usahawan. Dari situ beliau mula serius dalam perniagaan beliau. Oleh itu, lahirlah produk-produk makanan seperti serunding dan cookies. Demi memperkemaskan pembuatan produk makanan beliau, beliau mengikuti kelas-kelas membuat coklat dan cookies. Beliau mula menjenamakan produk beliau dengan nama ZUREEN GIFT.

Sehingga kini masih lagi mengeluarkan produk . kebiasaannya jualan bulan puasa sampai tidak menang tangan. Ianya satu kepuasan dan kebanggaan kepada seorang surirumah.
Beliau juga suka berkongsi mengenai produk-produk kesihatan lalu membuatkan beliau bergiat dalam jualan produk Qaseh dan Extrak Kacip Fatimah.

Beliau bercadang untuk menambahkan bilangan ajen jualan ZUREEN GIFT terutama di kawasan Kelantan. Ini semua berikutan ekonomi yang tidak stabil dan beliau mengambil usaha untuk membantu mereka menambahkan pendapatan. Beliau dalam proses menambah produk dan memperkenalkan produk baru seperti macaroon.

Siapa kata surirumah tak boleh buat duit? Tak boleh bantu suami tambah pendapatan. Asalkan ada usaha, asalkan tiada alasan, pasti ada jalan. Allah takkan ubah nasib umatnya andai umatnya sendiri tidak mahu mengubah nasib mereka.

Siapa yang nak jadi agen beliau, berkawan rapat la dengan beliau  Kuih beliau sedap-sedap

No comments:

Post a Comment