Tuesday, October 27, 2015

Pesan PU Suhaimi Kepada Kita



Alhamdulillah, pagi tadi saya diberi peluang sekali lagi mengunjungi rumah Allah. Saya diberi kesempatan untuk bersama PU Suhaimi. Saya tak kenal pun beliau sebab tiada ASTRO di rumah. Pernah dengar nama beliau saja. 

Hari ini setiap hujah beliau, saya mengalir airmata. Saya tidak tahu mengapa. Ianya sangat menyentuh hati. Terbayang-bayang dosa-dosa yang lalu. Masya Allah, jahil sungguh saya. Saya terasa bersyukur kini Allah beri kesempatan untuk saya kembali ke jalan Allah. Saya syukur kerana Allah sentiasa sayang saya.

Saya kongsikan bersama anda segala penyampaian beliau. Semoga ianya bermanafaat buat kita semua. Pesan beliau adalah;

- Setiap kali kita ingat Allah, Allah dan seluruh malaikat akan berselawat kepada kita.

- Apakah maksud Allah berselawat kepada kita? Maksudnya adalah Allah memuji nama kita dikalangan para malaikatnya dan Allah memberi rahmat kepada kita.

- Apakah maksud malaikat berselawat kepada kita? Maksudnya adalah malaikat berdoa pada Allah supaya mengampunkan seluruh dosa-dosa kita.

- Sesiapa berselawat kepada nabi 1 kali, Allah berselawat kepada kita 10 kali.

- Walaupun kita tidak dikenali di dunia ini tetapi kerana sering berselawat, kita lebih dikenali dikalangan para malaikat dan Allah swt.

- Menghadiri majlis-majlis ilmu merupakan salah satu taman-taman syurga. Andai dibuka hijab keindahan syurga, pasti penuh orang-orang di dalam majlis-majlis ilmu.

- Di dalam apa-apa perkara, pertama sekali perlu bersyukur kepada Allah kerana setiap perkara yang berlaku kepada kita tidak sia-sia. Semuanya akan mendapat ganjaran walau sebesar zarah.

- Ramai isteri-isteri dilihat sangat beriman dan bertakwa tetapi tiada sikap hormat kepada suami. Syaitan bijak dalam menghasut manusia dalam memisahkan dunia dan akhirat sedangkan dunia dan akhirat saling berkaitan. Contohnya, kita taat dalam mengerjakan solat termasuk perkara-perkara sunat tetapi kita meninggalkan perkara wajib seperti taat kepada suami dengan melayan suami dengan baik, bercakap baik-baik. Andai kita termasuk golongan ini, alangkah ruginya kaum isteri.

- Pastikan setiap apa yang dibuat adalah kerana Allah.

- Ujian daripada Allah swt adalah kerana Allah sayang kepada kita dan dengan bertujuan ingin menaikkan martabat kita.

- Setiap kali kita sabar dengan ujian dari Allah, kita akan dapat cinta dari Allah.

- Buatlah solat Dhuha dan buatlah perkara-perkara yang dicintai oleh Allah. Jangan bimbang kerana Allah akan jaga urusan kita dunia dan akhirat.

- Ketaatan kepada suami, kepada Allah dan kepada nabi akan memberi syafaat kepada kita.

- Apabila suami yang hanya mengerjakan ketaatan kepada Allah sehingga melupakan tanggungjawab kepada anak dan isteri, maka kita akan mendapat kemurkaan dari Allah.

- Allah tidak menyuruh kita meninggalkan dunia tetapi Allah menyuruh kita mengutamakan akhirat.

Sekian perkongsian saya. Selamat malam semua.


No comments:

Post a Comment