Friday, November 27, 2015

Dah Besar Baru Kena Demam Campak


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Saya harap semua sihat ye. Dah lama rasanya tak menulis di sini. Pada mulanya sibuk akan persiapan Aramaya. Sedang sibuk, saya kena demam campak.

Mula-mula ingatkan kali kedua kena demam campak, rupa-rupanya mama cakap yang saya tak pernah kena. Jadi inilah pertama kali kena demam campak.

Hari pertama kena demam, saya menggigil-gigil kesejukan. Sejuk sangat tapi badan panas. Pada mulanya saya sangkakan demam denggi kerana di kawasan rumah saya ramai yang kena demam denggi. Risau jugak saya tetapi pada hari ketiga keluar ruam-ruam merah.

Ya Allah, satu badan kegatalan. Tak boleh nak dibayangkan kalau budak- budak yang kena. Sakit juga badan. Serba tak kena dibuatnya. Setiap hari saya minum air kelapa. Nak buang segala bisa-bisa  gatal di badan. Sehingga hari ini, bukan 100% sembuh tapi dah boleh nak makan. Dah boleh keluar rumah untuk jalan. Alhamdulillah, syukur kerana Allah turunkan ujian sakit buat saya.

Siapa pernah kena demam campak mesti boleh rasa apa yang saya rasa. Tapi kena banyak sabar. Sabar dan jangan bersangka buruk dengan Allah.

Itu saja catatan saya. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari. Selamat malam semua

No comments:

Post a Comment