Tuesday, November 17, 2015

Tahniah Danial Dapat 3A 2B Bagi UPSR 2015



Assalamualaikum semua. Selamat malam juga. Dah berapa hari saya tak buat catatan di sini ye. Maaf ye semua. Saya sibuk menguruskan beberapa perkara mengenai butik saya Aramaya.

Walaupun saya sibuk tetapi hari ini adalah hari yang sangat penting untuk Danial Faizal. Keputusan UPSR dan PSRA keluar hari ini.

Seawal pagi saya bersiap untuk berada bersama-sama dengan Danial. Sangat penting bagi saya memberi sokongan samada Danial berjaya atau tidak. Hari ini pula suami saya ambil cuti setengah hari. Nak ambil keputusan UPSR Danial katanya. Saya lihat suami saya bersemangat nak ke sekolah ambil keputusan UPSR Danial.

Saya berdebar? Mestilah berdebar juga, tetapi sejujurnya saya dah redha apa saja keputusan UPSR Danial. Yang penting bagi saya adalah persediaan Danial dalam UPSR. Adakah Danial bersungguh-sungguh atau tidak. Itu yang sangat penting bagi saya.

Tak penting ke 5A bagi saya? Siapa kata tak penting. Pasti penting kerana ia titik permulaan hidup Danial dalam mengorak langkah ke hadapan. Tetapi, 5A bukan juga penentu kejayaan seseorang. Andai sesiapa pun yang gagal dalam UPSRnya atau tidak mendapat keputusan 5A, jangan bersedih kerana orang yang berjaya dalam hidup semuanya bermula dari kegagalan. Kegagalan itu pengalaman dan pengajaran yang paling mahal sekiranya kita menilai kegagalan kita itu. Jangan putus asa.

Danial, mama bangga dengan keputusan 3A 2B Danial sebab mama tahu macam mana Danial berusaha dan korbankan masa Danial untuk belajar. Tahniah dari mama. Mama gembira sangat tak terkata.

Ingat pesan mama, walau apa pun kita capai, perlu bersyukur. Ilmu itu sangat penting tapi agama itu lebih penting. Jadi anak yang bertanggungjawab, beriman dan soleh. Jadikan kehidupan dunia ini jambatan ke akhirat.

Mama selalu sayang Danial dunia akhirat

No comments:

Post a Comment