Friday, November 13, 2015

Tingkatkan Aura Diri Dengan Solat Taubat Setiap Hari


Assalamualaikum semua. 

Bersyukurnya hari ini kerana Allah masih lagi sayangkan kita. Allah masih hidupkan kita. Allah masih beri peluang kepada kita untuk bernafas dan bertaubat atas dosa-dosa kita setiap hari. Masya allah, sayang sungguh Allah kepada kita. Bayangkanlah andai bangunnya kita sebagai roh. Bayangkanlah gelapnya kubur itu. Bayangkanlah andai kita belum sempat bertaubat. Masya allah, kita bakal mendapat balasan kekal di akhirat. Siksa yang amat berat. Masya allah, moga Allah terima taubat kita setiap hari.

Kawan-kawan, pasti anda semua gambarkan bahawa kaitan Solat Taubat itu sangat rapat dengan kehidupan di akhirat bukan? Sebenarnya, Solat Taubat itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Percaya tak anda bahawa dosa-dosa kita menutup dan membelenggu diri kita dari mencapai kejayaan. Setiap dosa yang kita lakukan akan meninggalkan titik hitam di dalam hati. Bayangkan berapa banyak titik hitam yang telah kita lakukan tanpa kita sucikan dengan istighfar dan Solat Taubat. Mengapa hati? Apa kena mengena dengan hati? Hati itu sangat penting dalam menggerakkan diri kita. Andai ianya telak ditutup dengan dosa-dosa kita, bagaimana kita ingin menikmati bahagia? Bagaimana kita akan menarik segala perkara yang baik dalam hidup kita?

Dosa. Apakah itu dosa? Adakah dosa itu adalah mereka yang mengerjakan dosa-dosa besar saja? Masya allah, setiap dari kita tidak pernah terlepas dari melakukan dosa, walaupun sedikit pun kita tidak melakukan dosa-dosa besar. Setiap saat dan setiap masa kita adalah berdosa apabila dalam kehidupan kita melupakan Allah swt. Oleh kerana itu, kita perlu beristighfar setiap hari dan Solat Taubat setiap hari.

Lakukan Solat Taubat setiap hari dan anda saksikan kehebatan yang akan berlaku kepada diri anda. Ianya membersihkan titik-titik hitam di dalam hati dan meningkatkan aura diri anda. Insya allah. Inilah terapi dalam Islam yang sebenar-benarnya. Nanti saya kongsikan lagi tip-tip bagaimana tingkatkan aura positif dalam diri cara Islam.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat buat semua. 

No comments:

Post a Comment