Monday, November 30, 2015

Luangkan Masa di Perpustakaan Shah Alam


Assalamualaikum semua. Selamat malam.


Hari ini saya seharian menyiapkan kerja di perpustakaan Shah Alam. Memandangkan cuti sekolah, maka saya bawa sekali Irfan dan Danial.


Pada mulanya Irfan dan Danial kelihatan bosan tetapi memandangkan di situ ada banyak aktiviti, Irfan dan Danial pun seronok.


Saya pula duduk di satu sudut yang tidak ramai orang. Buka laptop dan mulakan kerja-kerja saya. Kerja apa ye saya buat? Saya perlu siapkan website saya. Nak mudahkan pelanggan saya membeli nanti.


Seharian membuat kerja. Perkara yang paling mencabar adalah edit gambar. Sangat mencabar bagi saya. Mereka yang dah tahap pro boleh buat satu gambar beberapa minit saja tetapi saya makan masa juga. Bila dah siap gambar terasa gembira sangat sebab buat sendiri.


Jam 6.30 saya pulang. Sebelum pulang singgah minum dulu. Menarik juga perpustakaan di Shah Alam ini. Siapa yang nak datang sini untuk berbincang atau apa saja, sangat digalakkan. Tenang sangat kawasannya.


Ok, itu saja. Selamat malam

No comments:

Post a Comment