Tuesday, December 1, 2015

Setiap Yang Hidup Pasti Mati


Assalamualaikum semua.


Hari ini saya rasa sedih sangat. Sejak semalam sedih. Setiap hari mendapat berita kematian. Semalam dikejutkan dengan berita Pak Yus Jambu yang telah meninggal dunia akibat sesak nafas. Hari ini pula mendapat berita kakak di tempat kerja lama juga telah meninggal dunia. 
Juga hari ini mendapat berita Seniman Mariani juga telah meninggal dunia hari ini.


Sungguh ajal tidak mengenal manusia. Walau di mana kita berada, berapa umur kita dan apa yang sedang kita lakukan. Tiada siapa pun yang mengetahuinya. Hanya Allah saja yang tahu.
Adakalanya berita kematian yang kita dengar, kita akan anggap ianya suatu yang menyedihkan, suatu tragedi yang tidak baik dan suatu perkara malang yang berlaku. Sebenarnya, itu semua hanyalah perasaan kita yang berkata-kata.


Hakikatnya mereka yang telah dijemput kematiannya telah selamat tiba di'sana'. Apa yang akan mereka hadapi selepas itu adalah fasa yang seterusnya iaitu ALAM BARZAKH atau KUBUR. Alam dunia telah mereka tinggalkan.


Begitulah kehidupan kita seterusnya. Destinasi kita bermula berpuluh-puluh tahun dari ALAM ROH hinggalah tibanya KIAMAT dan kita akan ditemukan semula di Padang Masyar, Dewan Kehakiman yang paling besar dan hakiki balasannya. Masya Allah, terlalu takut dan gementar hati apabila mengenangkan adakah kita telah bersedia bertemu dengan Hakim yang bernama ALLAH.


Kawan-kawan semua, apa yang perlu kita sedih dan risaukan adalah diri kita kerana kita masih lagi hidup. Setiap detik yang berjalan akan membawa kepada catatan BUKU KANAN dan BUKU KIRI. Kita masih belum pasti SYURGA atau NERAKA yang kita pegang. Kita masih lagi ditimbang amalan kita.


Sama-samalah kita perbaiki lagi amalan kita. Sama-sama juga kita ISTIGHFAR dan mengerjakan SOLAT TAUBAT setiap hari kerana kita setiap hari tidak lari dari melakukan dosa.


Al-fatihah buat Kak Kintan, Pak Yus Jambu dan Seniman Mariani yang telah pergi meninggalkan kita semua.

No comments:

Post a Comment