Saturday, December 5, 2015

Al-Fatihah Buat YAM Tunku Abdul Jalil


انا لله وانا اليه راجعون. اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه, امين.


Assalamualaikum kawan-kawan.

Semalam kita dikejutkan dengan berita bahawa YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor telah mangkat pada jam 7.11pm di hospital Sultanah Aminah. Jenazah akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor hari ini.


Saya sebagai rakyat Johor merasa amat sedih dengan berita ini. Pasti keluarga Di Raja Johor amat-amat sedih dengan berita ini.


Doa saya agar roh YAM Tunku Abdul Jalil dicucuri rahmat dan semoga beliau tenang di sana nanti.

Al-fatihah buat YAM Tunku Abdul Jalil.

No comments:

Post a Comment