Thursday, December 10, 2015

Cabaran Sebagai Usahawan



Assalamualaikum Sis. Selamat malam semua.

Apa khabar? Dah makan ke belum? Atau Sis baru balik kerja? Saya sekarang ini sedang menyusun jadual untuk esok. Banyak juga appoinment saya esok dan juga saya perlu jemput Irfan dan Danial di rumah neneknya.

Saya nak tanya, Sis nak tak jadi usahawan? Nak tak berjaya macam mereka yang dah berjaya seperti D'Herbs, Fareeda, Air Asia dan banyak lagi kini usahawan dan jutawan muda yang lebih memilih untuk tidak diketahui.

Sebelum Sis jawab nak, saya nak tanya Sis sanggup tak nak tempuh proses menjadi usahawan? Sanggup tak Sis bersusah? Sanggup tak sampai tak makan? Sanggup?
Andai Sis jawab tidak sanggup, maka Sis belum bersedia nak jadi usahawan kerana ini peringkat pertama. Cerita mereka yang berjaya, biasanya kita hanya dengar cerita yang indah-indah saja dari mereka. Mereka tak cerita zaman kejatuhan mereka, zaman susah mereka, zaman yang sangat perit buat mereka.

Apa yang lebih menyedihkan adalah, dalam proses kita menuju kepada kejayaan itu adalah mereka yang terdekat tidak menyokong kita dan memandang sinis kepada kita. Itu normal. Jangan terlalu memikirkan apa orang kata.

Cabaran yang biasanya kita tidak mahu tempoh adalah tahap kita tidak mampu makan minum. Harta tergadai dan kereta berbulan tidak berbayar. Baju baru, make up dan kasut tinggi sudah tiada lagi. Ini perkara-perkara kecil yang tak dikongsikan oleh mereka yang berjaya.

Adakalanya orang anggap kita senang kerana kita tidak pernah menunjuk bahawa kita sedang dalam kesempitan. Bersyukur dan hidup atas kemampuan yang kita ada. Jangan berlebihan. Sis perlu hidup sebegini dahulu sebelum mencapai kejayaan. Ini permulaan sebelum kita kejayaan di dalam tangan kita.

Alamak!!teruknya nak jadi usahawan. Mesti Sis fikir macam tu kan? Sebenarnya tak teruk cuma kita perlu korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Contoh macam kita nak beli rumah, mesti kita nak simpan duit untuk 'down payment' kan? Jadi lebih kurang macam itu tetapi cabaran usahawan lebih besar dari itu. Hati dan jiwa perlu kuat.

Baiklah Sis, apa yang perlu Sis buat andai terima cemuhan dan cabaran perniagaan? Mudah saja. Lakukan perkara-perkara di bawah;

1. Lepaskan perasaan. Terpulang pada Sis nak menangis atau menjerit. Buang segala perasaan Sis.

2. Ambil wuduk, solat dan mengadu pada Allah. Menangislah semahu-mahunya. Allah Maha Mendengar. Selepas Sis mengadu dan menangis, Sis akan merasa lega.

3. Berusaha. Berusaha kuat-kuat. Tetapi jangan berusaha begitu saja. Belajar dan cari mentor.

4. Andai dalam perjalanan anda menuju matlamat Sis, Sis terjatuh, Sis tersungkur, jangan risau. Undur sebentar. Cari ruang untuk berfikir. Betulkan semula. Tiada usahawan yang tidak membuat kesilapan. Belajar dari kesilapan. Lagi banyak kesilapan yang Sis buat, lagi banyak Sis akan belajar. Kebanyakan kita takut lakukan kesilapan.

5. Tutup telinga kepada mereka yang mencemuh, juga yang menghina. Anggap mereka sedang menyanyi...hihi. Memang kena buat macam tu. Abaikan mereka. Fokus kepada matlamat Sis.

6. Percaya kepada rezeki Allah. 9/10 rezeki adalah dari perniagaan.

Sekian saja catatan saya malam. Selamat berusaha menjadi usahawan.

No comments:

Post a Comment