Friday, December 11, 2015

Bersabarlah Rakyat Malaysia


Assalamualaikum kawan-kawan. 2016 dah hampir tiba bukan. 2016 pelbagai anggapan dan andaian yang keluar. Anda takut tak dengar cabaran 2016? Pasti ada ketakutan. Pasti ada kerisauan. Sedangkan 2015 kita telah melalui kesukaran dan keperitan kerana tekanan ekonomi semakin menghimpit kita. Apakan lagi tahun 2016.


2015 juga kita menyaksikan syarikat-syarikat gergasi bungkus, apatah lagi syarikat-syarikat kecil. Skim VSS juga semakin galak diperkenalkan oleh syarikat-syarikat bagi mengurangkan kos-kos sedia ada.


GST, harga minyak, harga gula, tol dan semua harga barang naik berganda. Gaji yang naik juga tidak mampu menampung keperluan kita. Kenaikan harga barang ini tidak menganggu golongan atasan tetapi ianya seperti memerah golongan pertengahan dan bawahan. Keperitan dapat dilihat luahan mereka di media sosial.


Terseksa bukan? Sangat sakit bukan? Apa yang mampu anda buat? Meluahkan perasaan di media sosial? Ada perubahan tak kita buat luahan sebegitu? Tiadakan? Malah, ia lebih menyemarakkan kemarahan diri sendiri apabila rakan-rakan lain turut memberi komen.
Semua orang tersiksa dengan sikap orang atasan tetapi bersabarlah. Bersabarlah dengan perasaan yang sangat sabar. Cuba anda lihat dengan mati hati anda mengapa Allah izinkan ujian ekonomi sebegini menimpa kita. Anda duduk diam-diam, tutup mata dan lihat sedalam-dalamnya jawapan itu.


Kawan-kawan, ujian ini adalah yang tersangat kecil menimpa kita. Bayangkan saudara kita di bumi Syam, Pakistan dan bumi-bumi Islam yang lain. Ujian mereka sangat hebat. Rumah dibakar, makan disekat, keluarga dibunuh dan macam-macam lagi seksaan yang diterima oleh mereka.


Anggaplah ujian ekonomi di Malaysia ini sebagai tahun praktikal buat kita sehingga turunnya Al-Dajjal. Anggaplah ianya satu perjalanan yang perlu kita lalui untuk merasa biasa saat ujian hebat itu tiba iaitu Al-Dajjal. Ia lebih hebat ujiannya dari kesempitan ekonomi kini.


Hentikan keluhan kawan-kawan. Buat persediaan menghadapi Al-Dajjal. Biarkan pihak pembuat kuasa dan pembuat undang-undang membuat apa yang mereka inginkan kerana sesungguhnya balasan buat mereka pasti tiba. Allah berlaku adil dengan kita sebenarnya. Hanya mereka yang beriman dan bersabar dapat memasuki Syurga. Insya Allah.


Itu saja kawan-kawan. Selamat malam.

No comments:

Post a Comment