Sunday, December 13, 2015

Mama Buat Surprise Turun KL

Semalam adalah hari yang sangat gembira buat saya. Mama telefon saya beritahu saya yang beliau akan turun KL hari ini. Saya pun kelam kabut juga kerana hari ini saya ada temujanji dengan 'tailor' saya, maka seharian akan berada di luar rumah.

Tapi mama beritahu jangan risau kerana dia akan sampai malam. Saya pun perlu kemas rumah saya yang sepatutnya saya nak buat hari Ahad. Sepanjang minggu ini saya tidak sempat nak sentuh rumah.

Saya sampai rumah petang semalam terus saya buat apa yang patut dari mop rumah sehingga basuh bilik air. Tepat jam 9.00 malam, mama dah sampai depan rumah. Saya gembira sangat. Dalam keadaan yang berpeluh-peluh, saya peluk mama. "TQ mama sebab datang. I really need your hug" saya cakap kepada mama.

Pagi tadi kami bersarapan di Pasar Tani Stadium Shah Alam. Kami memang suka makan di situ. Cakap nak makan apa, semua ada😍😍.

Sebetulnya rancangan kami, selepas sarapan di Pasar Tani Shah Alam, kami ingin melawat 'uncle' kami tetapi Kak Hazreen keluar dan 'uncle' sedang tidur. Maka, 'terpaksa' pula kami berjalan-jalan di Ikea...hihi teman mama nak beli barang di sana.

Selesai membeli belah, kami terus ke rumah Hakim. Fuhhh...sedap sungguh Hakim buat cengkodok dengan minum Kopi Legend yang Hakim buat. Siap buat Green Tea lagi...memang tak terkatalah sedapnya. Hakim bakal membuka gerai jual Kopi Legand. Bakal dibuka nanti. Tunggu saya maklumkan.

Mama dengan daddy akan pulang hari ini juga. Sedihnya pula saya. Inilah teman saya berkongsi cerita, teman borak, teman gaduh dan macam-macam lagi. "Ok mama, tunggu Zeela turun JB pula ye next week"😊😊😊

No comments:

Post a Comment