Thursday, December 31, 2015

Hari Graduasi OUM di PWTC


Assalamualaikum kawan-kawan.

Hari ini adalah hari yang paling bermakna dalam hidup saya. Mungkin kecil di mata orang lain tetapi tiada kata yang mampu huraikan perasaan saya hari ini.

Hari yang ditunggu telah tiba. Konvokesyen 18 OUM dalam Professional Diploma Internet Marketing hari ini di Dewan Merdeka, PWTC.

Perasaan memakai jubah graduasi dan naik di pentas adalah perasaan yang besar saya rasakan. Alhamdulillah. Syukur dengan izin Allah, mampu juga saya habiskan pelajaran saya. Semuanya berkat sokongan suami dan anak-anak. Terima kasih En. Suami, Danial dan Irfan kerana memahami mama ketika sibuk dengan kuliah dan assignment.

Hari ini selepas lebih satu tahun setengah, dapat jumpa semula rakan-rakan sekelas #PRODIMS8 dan juga batch-batch yang lain. Rindu rasanya nak ke kelas semula ye.
Akhir kata, terima kasih tak terhingga kepada Sifu saya, Irfan Khairi dan tenaga pengajar iaitAmim NajmieieNaim MarinininAman SafuananNaiim Ahmadad dan EnMohd Zulfadli Suddinin dan juga staff di  IKSBNazrul Shairiri. Berkat usaha dan sokongan anda semua, kami takkan mampu berada di sini sekarang.

Kepada rakan-rakan yang saya kenali Has Jan, Yusnisah Mohd Yusar, Solyha Salleh, Noriz Noraz, Yattz Mixz, Siti Aminah Hamzah, Zarul Hazura Hashim, Azam Aziz Aril, Erni Latif, Dalin Ali, Uncle Amiruddin Ahmad, Papanobs MacDeline dan ramai lagi. Tahniah semua

No comments:

Post a Comment