Thursday, December 31, 2015

'3 in 1' Dalam 22hb Desember 2015


Ini En Suami saya....


Alhamdulillah, syukur hari ini adalah hari yang paling bermakna buat saya. Kalau anda ingin tahu, hari ini saya sambut '3 in 1' hari bermakna saya.

Pertama, hari konvo saya di OUM. Kedua, yang paling bermakna, hari ulang tahun perkahwinan saya dan yang ketiga adalah, hari ini keluar lagi di Metro. Bukan kisah saya di Metro tetapi gambar saya ada sekali di dalam Metro itu. Barangkali ianya kisah kecil tetapi ianya bagai satu kejayaan besar buat saya.

Sejak pagi saya sibuk di majlis konvokesyen. En. Suami bersama saya.

Dia tanya "Nak bunga tak?"

Saya jawab"Ehh, tak payahlah. Jangan membazir, baik kita keluar makan untuk celebrate"

Selesai konvo, bila saya keluar pintu dewan, saya lihat suami saya memegang sejambak bunga sambil senyum memandang saya. Ohhh, bunga-bunga hati saya tapi terasa sayangnya duit beli bunga.

Saya melangkah menuju ke arah suami saya sambil senyum meleret. Sampai saja di hadapan suami, dihulurkannya sejambak bunga kepada saya.

"Nah, untuk mama. Tahniah mama" katanya kepada saya.

"Thank you papa. Laaa...kenapa beli bunga?Sayang duit" saya bilang kepada suami saya. Bukan tidak hargai tetapi lebih hargai duit kalau digunakan untuk perkara yang lebih baik.

Kemudian suami pandang saya sambil tanya 

"Mama ingat tak hari ini hari apa?"

Saya yang kepenatan jawab "Hari apa ye pa?"

"Hari anniversary kita la" jawab suami ringkas.

"Ya Allah papa, hari ni 22hb ke?" Tanyaku sambil terkejut.

"Ya" jawab suami saya.

"Masya Allah papa. Sorry. Mama ingat 22hb tapi mama tak ingat hari ni 22hb. Mama banyak sangat benda fikir and mama terlalu letih sangat.

Sorry papa" jawab saya.

Sungguh saya tak ingat langsung hari ini 22hb. Saya sebenarnya sangat keletihan tetapi saya belum boleh nak berehat. Banyak kerja saya yang belum selesai. Banyak yang perlu dibuat.

Suami saya kata "Mama celebrate 2 benda 22hb hari ni. Satu convo mama. Dua anniversary kita"

"Ehh bukan 2 la tapi 3. Mama keluar Metro walaupun bukan story mama" Jawabku sambil senyum-senyum.

Betul sungguh kata suami. Tahun ini betul-betul membawa makna buat saya. 22hb ini saja saya menyambut '3 in 1' perkara serentak. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Selesai konvo, saya perlu selesaikan beberapa urusan sebelum terbang pulang ke Johor Bahru. Ohh, seronoknya saya baru dapat berehat. Tapiii...berehat ke? Huhu still kena jalan-jalan layan anak-anak pula. Masa yang sepenuhnya dengan anak-anak.

Ok, itu saja kawan-kawan. Cadangnya nak gerak ke Johor malam ini tetapi tak dapat pula. Badan sangat letih. En. Suami pun tak larat juga. Ohh, kami sudah tua ye. Dulu-dulu ok je sekali jalan macam ini. Sekarang ini, Allah beri nikmat berehat sikit.

Selamat malam kawan-kawan.


Ini Sifu saya En. Razzi. Siapa kenal Sifu saya ni dulu penyanyi glamour dulu-dulu





Bersama cikgu-cikgu saya....



Rakan PRODIMS8....wahhh rindunya semua orang...