Thursday, December 31, 2015

Hari Orentasi SMK Saujana Utama

Hari ini adalah hari orentasi Danial. Dah besar anak saya yang sulung. Sudah masuk tingkatan 1. Masa berlalu sangat pantas. Pejam celik, anak-anak telah membesar.

Menguruskan anak-anak adalah sangat meletihkan tetapi ianya bagaikan satu kenikmatan yang hanya boleh dirasai oleh ibu-ibu yang benar-benar menguruskan anak-anak. Perasaan itu tidak mampu diungkap walaupun diri sangat keletihan tetapi hati tersenyum puas.

Saya percaya, menguruskan anak dengan tangan sendiri akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada anak-anak. Mereka dapat merasa perasaan kasih sayang kita sepenuhnya dari hati.

Mengapa saya katakan begini? Ini kerana mama saya juga melakukan perkara yang sama kepada saya dan adik-adik. Walaupun kami jauh terpisah dari mama sejak kecil tetapi mama tetap buat segala persiapan untuk kami. Terima kasih mama.

Danial tak dapat memasuki asrama penuh. Hanya layak ke sekolah menengah. Ucapan syukur juga kepada Allah. Harapan saya agar Danial dapat memasuki Sekolah Menengah Agama tetapi Allah aturkan yang lebih baik buat Danial.

Harapan mama agar Danial belajar rajin-rajin. Pilih rakan yang betul dan jadi anak yang ada adab dan akhlak. Solat jangan pernah ditinggalkan. Tidak naik martabat seseorang itu apabila meninggalkan solat.

All the best Danial😊. Mama selalu sayang Danial.

No comments:

Post a Comment