Sunday, January 24, 2016

Berdakwah Melalui Aramaya


Assalamualaikum semua dan selamat malam. Alhamdulillah syukur kerana saya masih diberi peluang berkongsi ilmu saya yang sedikit. Tak banyak manapun.

Hari ini saya menyiapkan usaha dakwah saya mengenai Al-Quran. Sebelum ini ada banyak kisah yang saya dah kongsikan di Page ARAMAYA. Selain berdakwah dengan pakaian yang mengikut syariah, saya sampaikan sedikit ilmu-ilmu yang saya dapat ketika kuliah masjid dan buku-buku yang saya baca. Saya percaya ilmu yang disampai-sampaikan kepada ramai orang, pahalanya berterusan andai diamalkan oleh orang lain. Insya allah.
Saya bukan alim ulamak, jauh sekali seorang yang alim tetapi saya seorang yang sedang merubah diri dan sedaya upaya istiqomah dalam perubahan. Ianya bukan proses yang mudah. Banyak cabaran dan dugaan akhir zaman ini.

Bagaimana saya atasi cabaran ini? Mudah saja, andai hati telah terdetik fikir hiburan lebih, maka saya akan jejakkan kaki ke masjid mendengar kuliah. Hati akan kembali sayu dan kembali tunduk kepada Allah. Dalam hati amat takut akan siksa Allah. Tiada siapa yang dapat lepaskan diri.

Apa yang saya rasa dan saya belajar maka saya sampaikan di Page ARAMAYA dan juga blog saya. Ianya juga bukan usaha yang mudah. Banyak yang saya korbankan kerana masa saya sendiri telah penuh jadual hari dengan urusan rumah, urusan stok dan urusan bisnes. Saya terpaksa korban drama kegilaan ramai, saya terpaksa korban masa rehat saya dan banyak lagi perkara yang perlu saya korbankan.

Tetapi apabila dikenangkan pengorbanan Rasulullah saw dalam menyampaikan dakwahnya, saya rasa lagi hebat cabarannya dengan perlu berjalan merentangi padang pasir, berhadapan dengan musuh yang terang-terangan ingin menghancurkan usahanya dan macam-macam lagi yang perlu beliau hadapi.

Apalah sangat usaha dakwah saya yang hanya perlu merentangi setiap gigabyte megabyte di internet ini. Hanya cabaran di hujung jari yang perlukan pengorbanan perkara-perkara lain.

Saya berharap sama-sama kita menyampaikan usaha saya ini walaupun hanya dengan butang SHARE saja, segala ilmu dan cara berpakaian yang mengikut Syariah sampai kepada semua orang.

Insya allah. Andai ditakdirkan saya menutup mata tetapi saya gembira usaha dakwah saya berterusan. Sama-sama kita berusaha menuju ke syurga.

Baca selanjutnya di www.zeelalamin.blogspot.my

Like page www.facebook.com/aramaya.com.my

p/s: hari ni hakak korbankan masa rehat hakak taww. Nanti hakak update di page ye

No comments:

Post a Comment