Sunday, January 24, 2016

Menulis Dapat Menambah Semangat Diri


Assalamualaikum semua. Selamat malam. Sekali lagi saya buat perkongsian. Hari ini saya nak cerita tentang penulisan.

Siapa ada diari masa kecil-kecil dulu? Mesti ada kan. Dulu apa saja kita buat dan rasa setiap hari mesti kita nak tulis dalam diari kita kan. Bezanya kini, zaman teknologi mengambil alih peranan diari ini. Tetapi awas!!...tulis yang baik-baik saja walaupun pada ketika itu anda sedang marah, sedih dan kecewa, anda perlu tukar emosi anda dan tulis yang baik-baik. Jika anda langgar pantang larang ini, anda bakal mencalarkan imej anda. Penulisan dan diri anda saling berkait rapat.

Siapa ada blog? Cuba angkat tangan. Kalau tiada, mulakan dengan yang percuma. Jangan terus beli domain kerana anda masih baru dalam bidang penulisan. Boleh cuba blogger.

Percaya tak menulis dapat menambah semangat diri? Tak percaya? Cuba mulakan. Anda pasti dapat satu semangat yang hebat sangat. Lagi banyak anda tahu anda ingin kongsikan kepada ramai orang.

Nampak macam buang masa kan? Tapi percayalah, menulis bagaikan satu nota janji kepada diri sendiri. Apa yang anda tulis, anda akan berusaha dengan keras untuk mencapainya. Tak percaya cuba buat penulisan matlamat 2016 anda. Nyatakan dengan jelas dalam penulisan kemudian kongsikan dengan semua orang. Post dan lihat hasil auranya bagaikan satu semangat anda ingin mencapai matlamat anda.

Sebenarnya banyak kelebihan menulis. Selain dari menambah semangat diri, ianya juga dapat membina personal branding anda.

Sekian saja perkongsian saya malam ini.

Baca selanjutnya di www.zeelalamin.blogspot.my

No comments:

Post a Comment