Sunday, January 31, 2016

Ini Kisah Benar Tentang Bisnes, Bukan Hype

Hari ini saya share tentang kisah benar tentang bisnes, tapi saya tahu ramai yang diluar sana suka nak dengar kisah yang hanya sedap untuk didengar. Hanya kisah yang indah.

Ini kisah saya. Sebelum ini saya bekerja dan kemudian terpaksa berhenti kerja bermula tahun 2013 tetapi secara rasminya berhenti pada tahun 2015. Ianya bukan suatu yang 100% diri saya sendiri boleh menerima perubahan ini. Dari seorang yang bekerjaya dan kemudian orang kata turun pangkat menjadi suri rumah.

Saya terima cabaran perubahan ini. Ianya bukan perkara yang mudah. Dari hanya pegang buku dan pen, kini saya bermain dengan senduk dan penyapu.

Satu demi satu cabaran yang saya tempoh. Alhamdulillah saya kini semakin gembira dengan apa yang saya lakukan. 100% saya menguruskan anak-anak. Penat tetapi sangat gembira.

Saya melangkah pula menjadi usahawan. Saya menyiapkan diri dengan ilmu bisnes. Belajar dengan Sifu saya Irfan Khairi. Saya juga menuntut ilmu dengan beberapa lagi cikgu-cikgu bisnes yang ada.

Bermula dari Irfan Khairi, saya bina Butik Online saya yang pertama yang boleh dikatakan tanpa modal. Saya beri nama ARAMAYA. Boleh lawati website saya www.aramaya.com.my .Yeker tanpa modal? Iya tanpa modal, hanya bermodalkan kurang dari RM100 untuk saya bangunkan website saya.

Dari 2013 hingga kini 2016, apa yang boleh saya katakan tiada apa yang mudah. Cabaran yang hebat juga buat saya. Adakalanya saya rasa give up. Rasa ingin berhenti. Bukan mudah bermula dengan tanpa modal.

Itu belum lagi dengan masalah lain-lain. Tapi saya bukan seorang yang berputus asa. Saya akan buat sampai habis, buat sampai jadi. Itu perangai saya.

Kini, sekali lagi masalah timbul. Facebook kata page saya menjual barangan sexual. Ohh, terus terang saya cakap, saya mati akal. Saya tak berpuas hati selagi saya tak dapat jawapan masalah itu. Jadi semalam saya hadiri kelas yang di anjurkan Nora Azmin.

Wahh, diluar jangkaan juga kerana saya bukan hanya dapat selesaikan masalah saya tetapi dapat belajar teknik woren yang Nealoofa kata dia suka pakai bila buat ads. Saya suka sangat 😄😄😄.

Baru saya tahu sekarang ini Facebook bukan hanya lihat gambar saja yang kita post tetapi juga 'content post' juga dilihat. Kalau anda ingin tahu, Facebook kini lebih kerap tukar alogarithmanya. Bagi orang baru memang akan pening. Ohh ya, masalah saya belum selesai sepenuhnya tetapi saya jumpa jalan penyelesaiannya juga.

Sejak 2015 saya membuat beberapa persediaan bagi menghadapi cabaran 2016. Insya Allah, ARAMAYA bakal berada di Bangi. Orang Bangi bolehlah pakat serbu sana.

Apa yang penting, jangan putus asa. Buat sampai jadi. Orang yang berjaya ialah orang yang tak pernah putus asa.

Sekian dari saya,

Zeela Lamin
Founder/CEO ARAMAYA

No comments:

Post a Comment