Wednesday, February 3, 2016

Rutin Baru Seorang SuriRumah



Bermulanya semalam, tambahan rutin baru saya bermula bulan ini adalah menjemput Danial dari sekolah.


Selama ini Danial dan Irfan pergi sekolah naik van. Tapi disebabkan bulan ini Danial dapat tukar sekolah, maka saya kena tukar jadual saya juga. Sebenarnya saya tak sangka sangat Danial dapat masuk sekolah ini. Susah juga nak dapat tapi orang kata kalau kita tak pernah putus asa dan berusaha, kita mesti dapat apa kita nak. Betul tak?


Pada mulanya Danial tak dapat masuk tapi saya buat rayuan. Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah sebab mudahkan segala urusan. Terima kasih Allah kerana memang ini yang saya impikan bekalan buat anak-anak memasuki sekolah menengah agama. Saya bukan ibubapa yang sempurna tetapi impian agar anak-anak bakal jadi pemimpin berjiwa ustaz. Itulah impian saya. Tapi Danial kata nak jadi pilot.


Ok, saya cakap dengan Danial, "Danial jadi ustaz pilot la. Ok?"

Danial tanya "Boleh ke mama macam tu?"

Saya jawab" Ehh, sapa cakap tak boleh. Boleh la"

Irfan mencelah "Mama, Irfan nanti nak jadi saintis. Nak tolong along"

Saya senyum je jawab kata Irfan "Boleh. Irfan kena juga belajar rajin-rajin. Nanti Irfan pun kena masuk sekolah along juga tau"

Macam itulah saya setiap hari layan Irfan dan Danial. Hari-hari Irfan dengan Danial akan cerita dengan saya dan tanya macam-macam soalan. Saya suka dan seronok dengar cerita dengan Irfan dan Danial.


Beginilah rutin harian saya, selain urusan baju, cari kain, jumpa tailor, jawab watsapp, jawab email dan kerja-kerja online, ohhh kerja-kerja rumah lagi, memasak, hantar Danial dan Irfan tuisyen, saya tambah lagi rutin saya dengan jemput Danial sekolah. Setiap hari Danial habis sekolah pukul 4.30 petang. Kesian saya tengok Danial tapi saya kuatkan hati cakap "it's time for Danial to learn a responsibility towards himself and Allah"


Indahnya kehidupan surirumah yekk...