Thursday, December 1, 2016

Anugerah Dari Allah



2016 adalah tahun yang sangat gembira buat saya, suami, anak-anak dan keluarga saya. En. Suami yang paling gembira. Ya Allah, terima kasih Ya Allah, terima kasih di atas anugerahMu, terima kasih kerana Kau makbulkan doaku. 

Hampir 10 tahun kami menunggu zuriat ke-3. Kami sangka Allah hanya beri kami 2 zuriat sahaja, rupa-rupanya Allah dengar doa sayaSaya bersyukur sangat kerana doa saya setiap hari Allah makbulkan. Yang paling happy sangat kali ini Allah betul-betul dengar doa saya. Saya minta seorang puteri, alhamdulillah saya dikurniakan seorang puteri. Jadi jangan pernah berputus harap dengan Allah. Allah akan beri pada masa dan saat yang sebetulnya. Bersabar dan terus berdoa.

Ok, nak cerita sikit pengalaman masa mengandung. Penangan mengandung saat umur menjangkau 38 tahun adalah satu cabaran yang besar buat saya. Mabuk, pening dan macam-macam karenah saya ketika mengandung. Nasib baik En. Suami sabar. Kalau tak, tak tahulah saya. 

Kalau diikutkan sama saja mabuk saya dari mengandungkan abang dia yang pertama sampai yang ke-3 ni. Tapi yang ini saya ada masalah duduk lama, jalan lama. Memang tak boleh. Erti kata lain, memang tak boleh nak buat kerja.

Tiga bulan yang pertama saya bleeding. Jadi saya dipaksa berehat. Mula-mula degil juga buat kerja rumah. Apa jadi lepas tu? Heavy bleeding la. Hihi...mana boleh duduk diam, ada je yang nak kemas rumah. Bukan hanya itu, kandungan kali ini saya mempunyai fibriod dan placenta saya di bawah. Jadi, baby kali ini special sikit. Check up setiap bulan dengan doktor pakar. 

Walaupun ada macam-macam ragam dan masalah masa mengandung, alhamdulillah saya bersalin normal pada minggu ke-38.

Oleh kerana kondisi saya ketika itu kurang menentu, maka banyaklah perkara dan kerja yang tertunda. Banyak yang tertinggal. Saya dah nak habis pantang dan saya akan selesaikan kerja-kerja saya. Mohon maaf di atas segala kesulitan.




Kenalkan, inilah puteri saya Alya Farisya. Gambar ini En. Suami ambil di labour room. Baru lepas bersalin la ni. Comel tak saya??....



No comments:

Post a Comment