Thursday, March 16, 2017

Yang Kalah Tak Semestinya Kalah Dan Yang Menang Tak Semestinya Menang

Assalamualaikum semua. Lamanya saya rasa dah tak menulis. Tangan gian nak menulis, hati meronta-ronta nak share apa saja tapi apakan daya sejak mengandung yang alahnya sangat teruk, perubahan hormon yang teruk dan kini sangat sibuk uruskan si kecik tuu 

Alhamdulillah walaupun sibuk tapi saya rasa happy sangat sekarang. Feels like my life is complete...haha omputih gituhh!! Yelah, dah dapat gugurl kann. Lagipun dah lama dah tak ada baby kecil. Itu yang terasa happy semacam.

Baru-baru ini saya mendapat panggilan telefon memberitahu yang mereka kalah kes di mahkamah. Sedih nada suaranya saya dengar. Sayu. Tiba-tiba hati jadi sayu. Sedih pun ada.

Manakan tidak hati sedih sebab saya juga adalah orang yang membina, orang yang berusaha dan bertungkus lumus memastikan perkara itu berjaya tetapi akhirnya yang saya dengar adalah kalah. Siapa yang boleh terima kekalahankan.

Saya sedih walaupun di dalam hati ada sedikit kemarahan, perasaan sedih lebih banyak yang saya rasakan kini.

Buat kawan-kawan seperjuangan saya, tabahkan hati. Jangan merasa sedih. Jangan rasa malu. Sekurang-kurangnya kita mempunyai usaha murni nak bantu ramai orang.

Niat kita suci. Niat kita murni. Jangan rasa rendah diri. Sebarkan kekalahan kita kerana yang kalah tidak semestinya kalah dan yang menang tidak semestinya menang.

Kawan, sejak awal lagi mereka tahu bahawa mereka akan kalah, oleh kerana itu mereka cabar kita di mahkamah dan cabar hak perlembagaan agar mereka dilihat benar dan menang. Kita yang mempunyai batas kewangan tiba-tiba terasa menjadi seorang badut apabila tidak mampu menyediakan peguam yang mampu mempertahankan perjuangan kita. Redha.

Jika dilihat dari sudut pandangan dalam, pasti ada hikmah kekalahan itu. Kita tak tahu kenapa Allah izinkan kemenangan berpihak kepada mereka walaupun kita tahu bahawa kita tidak melanggar sebarang akta dan kesalahan.

Jangan merasa pelik kerana akhir zaman tersimpul bermacam ketidakadilan. Redha lagi.

Apa harus kita buat kini? Banyak cara. Yang penting fikir. Tahajjud mampu beri kemenangan. Istikharah mampu tunjukkan jalan. Buat. Insya allah ada jalan.

Selain itu, jangan lupa untuk jumpa semua ahli. Ucapkan selamat tinggal. Katakan bahawa kita telah berusaha sebaik mungkin untuk semua tapi tak berjaya. Minta maaf juga kepada semua andai selama ini ada kesombongan, penganiayaan dan ketidakadilan. Katakan bahawa semua itu berlaku atas sebab halangan kerana kes mahkamah.

Saya pula apa yang saya buat di sini? Ye, saya tahu ramai tertanya-tanya. Ramai pula yang beranggapan saya berpaling tadah.

Jujur saya katakan walapun saya di sini tetapi hati saya sering bersemarak ingin bersama-sama mereka yang berjuang. Ramai yang tidak ketahui apa yang saya telah lalui dek kerana perjuangan ini. Jujur saya akui saya rindukan perjuangan itu.

Hanya kata-kata ini dapat saya tunjukkan perjuangan saya dari jauh. Sedih.

Buat ahli-ahli, jangan juga anda bersedih. Jangan juga anda goyang. Sebab apa? Sebab kita ada Allah. Sebab kita ada Tuhan. Yang Islam ada Allah dan yang bukan Islam ada Tuhan. Mengapa perlu takut? Yang memberi rezeki bukannya mereka tapi Allah. Yang memberi rezeki bukannya mereka tapi Tuhan.

Apa yang perlu anda lakukan kini, kerja baik-baik, jangan jadi pekerja yang tidak jujur, kuatkan diri dengan ilmu ditempat kerja dan dalami hak-hak pekerja anda. Insya Allah semuanya selamat.

Yang penting jangan sombong. Walau tinggi mana pun kita, itu semua tak mampu membuat diri kita menjadi lebih tinggi tetapi kita menjadi manusia yang lebih hina dari syaitan kerana sikap sombong kita.
Akhir kata, saya sayang anda semua. Salam rindu saya dari jauh.

p/s: Deep. Feel terlebih sikit arini 

Zeela Lamin.

No comments:

Post a Comment