Assalamualaikum semua.
Sedar tak sedar cepatnya masa berlalu. Anak saya yang kecil pun dah masuk 6 bulan. Masa berlalu sangat pantas. Umur juga semakin bertambah. Kita semua dipanjat usia. Alhamdulillah, Allah masih izinkan kita bernafas lagi di muka bumi bagi menambah amalan buat bekalan di sana.
Saya nak berkongsi tentang satu cerita. Bersalin pada umur 30an dan bersalin pada kita berumur 20an memang sangat berbeza. Dulu saya sangat bertenaga tetapi kini selepas bersalin mengambil masa yang lama untuk sembuh. Mengambil masa yang lama untuk kembali seperti biasa. Apakan lagi selepas bersalin saya tak dibenarkan mengambil sebarang jamu, halia dan sebarang ubat akar kayu kerana anak saya kuning.
Agak lama juga kuning anak saya, Alya Farisya. 2 bulan lamanya. Doktor kata prolong jaundise. Sampaikan saya pun macam pantang tak pantang jugalah. 30 hari bersalin saya dah bawa kereta nak bawa Alya pergi klinik sebab kuning. Dua kali kena bermalam di hospital sebab kuning Alya tinggi. Disebabkan itu, saya bentan juga dua tiga kali. Tapi alhamdulillah, saya dapat atasinya.
Saya masih ingat, habisnya darah nifas, saya terus bersuci. Kemudian cuba solat berdiri setelah sekian lamanya solat duduk dikerusi sejak mengandung. Ya Allah.....sakitnya kaki saya sewaktu dalam keadaan sujud dan lebih sakit dalam keadaan tahiyat awal. Nak menangis rasanya. Saya terus berhenti solat semasa rakaat pertama. Tak mampu saya teruskan. Lalu, saya mengambil kerusi dan solat dalam keadaan duduk.
Begitulah keadaan solat saya sehinggalah Alya telah genap 6 bulan. Genap 6 bulan, saya cuba lagi untuk solat dalam keadaan berdiri. Masya Allah....nikmatnya saya rasa. Gembira sangat. Tak terkata. Siapa yang pernah ada pengalaman macam saya akan memahami perasaan ini.
Sikit saja nikmat solat yang Allah tarik dari saya. Saya tak mampu solat berdiri dan sujud selama 1 tahun 6 bulan. Bila dapat sujud semula, Allah saja yang tahu macam mana saya rasa nikmat itu. Bukan kata solat duduk itu tidak bagus tapi kurang rasa nikmat dan khusyuknya. Sewaktu sujud itulah yang kita rasa dekatnya kita dengan Allah. Seolah-olah Allah itu benar-benar dihadapan kita. Itulah perasaan kita kita bersujud. Walhal Allah itu memang selalu dekat dengan kita.
Buat sesiapa yang membaca. Hargailah nikmat sujud yang Allah beri kepada kita kerana apabila nikmat itu ditarik, hati akan menjadi terlalu rindu.
No comments:
Post a Comment