Friday, April 28, 2017

Panduan Gambar Butik Online

Assalamualaikum semua.

Diharapkan anda semua sihat-sihat saja. Pasti semua sedang berehat-rehat bukan? Yelah, hari ini cuti, jadi dapatlah kita berehat bersama keluarga tersayang. Ok, sambil-sambil itu, saya nak berkongsi sikit tip-tip berniaga khas untuk wanita yang berniaga butik online.

Hari ini saya nak share tentang gambar. Kenapa gambar? Sebab gambar memainkan peranan penting dalam perniagaan butik online.

Apabila anda ingin mengambil gambar, pastikan gambar anda berbeza dari peniaga online yang lain. Dengan mempunyai perbezaan dan identiti sendiri akan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingat kepada kita.

Bagaimana nak dapatkan gambar yang cantik? Mudah saja.

1. Pastikan anda mengambil gambar ditempat yang terang. Tempat yang mempunyai cahaya banyak. Paling mudah adalah mengambil gambar di sebelah tingkap. Ambil gambar waktu tengahari. Cahaya memang sangat banyak ketika itu.

2. Susun produk agar nampak cantik. Anda boleh guna konsep #flatlay. Bagaimana nak dapat idea-idea gambar. Mudah saja. Anda boleh rujuk laman pinterest atau tengok bagaimana pesaing anda mengambil gambar.

3. Pastikan anda ambil gambar yang mempunyai latar belakang yang putih atau bersih. Kalau untuk tujuan edit, anda boleh ambil gambar produk berlatar belakang putih.

4. Untuk nampak kelainan, anda boleh belajar edit gambar. Mudah saja edit gambar. Sekarang teknologi canggih. Pakai phone pun dah boleh padam background. Dah boleh edit cantik-cantik dah. Dengan edit gambar begini, perniagaan anda yang biasa-biasa akan kelihatan luar biasa.

Mudah bukan.

Di sini saya sertakan contoh-contoh gambar yang perniagaan ramai orang buat iaitu tudung. Apa perbezaan gambar ini? Gambar ini telah diedit dengan latar belakang yang menarik. Nampak beza dia bukan.

Saya harap saya dapat membantu anda semua dalam perniagaan butik online anda. Siapa ada pertanyaan, bolehlah tinggalkan pesanan di ruang pertanyaan ye.

Selamat Maju Jaya.





No comments:

Post a Comment