Friday, May 12, 2017

Hujan Di Pagi Hari

Pagi tadi hujan. Cuaca sejuk dan redup. Disebabkan hujan, En. Suami tak dapat hantar Irfan dan Danial ke sekolah. Biasanya En. Suami hantar anak-anak ke sekolah naik motor. Disebabkan hujan, maka seronoklah anak-anak cuti tiba-tiba. Gembira sakanlah Irfan dan Danial.

Saya biasanya bangun pagi akan siapkan kerja-kerja rumah seperti biasa. Cuma beza buat kerja-kerja rumah sebelum ada anak kecil dengan tiada anak kecil berbeza sikit rentaknya. Kerjanya akan berselang-seli bila si kecil terbangun dari tidurnya. Bila si kecil terbangun, maka saya akan berlari-lari ke bilik untuk menyusukan dia. Adakalanya sampai saya sendiri tertidur sama-sama dengan si kecil comel ini. Almaklum saya menyusu badan dan menyusu sambil baring-baring di katil, mata jadi sayu-sayu saja.

Apabila si kecil tertidur, saya akan kembali selesaikan kerja-kerja membasuh baju, memasak dan menyapu rumah. Tetapi biasanya setiap hari Jumaat saya akan membuat 'major cleaning'. Maknanya saya akan mop lantai, cuci bilik air, cuci lantai dan lap semua habuk-habuk. Kalau dulu selalu buat hari-hari tapi sekarang ini saya tak mampu dah nak buat macam itu. Faktor umur menyebabkan cepat penat. Saya sebenarnya sangat cerewet hal rumah tapi sekarang ini saya selalu pujuk diri supaya tak cerewet sangat. Sepah sikit-sikit saya tutup mata je.

Petang pula semuanya dah selesai. Cuma baju saja yang perlu dilipat. Malam nanti saya selesaikan hal baju. Rehat sebentar sambil tarik nafas. Sambil-sambil itu, jari jemari rancak menaip rutin saya hari ini. Dah lama sebenarnya saya tidak berkongsi rutin harian saya. Tiada apa yang menarik. Hanya rutin seorang surirumah.

Bila difikir-fikir semula, dah lama juga saya menjadi surirumah ye. Sejak tahun 2012 lagi saya hanya di rumah. Dunia saya hanya di rumah. Sebelum ini saya bekerja di salah sebuah bank. Sudah 15 tahun saya bekerja. Banyak pengalaman di tempat kerja.  Adakalanya rindu juga tempat kerja. Kadang-kadang rindu nak bergaya. Rindu nak berkasut tinggi. Almaklum saya ini suka bergaya. Tapi itu semua perasaan masa mula-mula tidak bekerja. Sekarang ini, hati lebih tenang menjadi surirumah.

#catatanharian
#blogger
#zeelalamin

No comments:

Post a Comment